Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pemuda Ditemui Mati Dalam...

KANGAR - Seorang pemuda ditemui mati di dalam sungai di Jalan Raja Muda...

Program Tingkat B.Inggeris Pegawai...

MELAKA - Beberapa universiti awam telah tampil menawarkan program intensif meningkatkan penguasaan bahasa...

Tiada Rakyat Malaysia Terlibat...

PUTRAJAYA - Tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam kejadian letupan bom di Brussels...

80 Peratus Transgender Adalah...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 80 peratus daripada 20,000 golongan transgender di negara ini...

Bajet 2018 Bukti Kerajaan Dengar Suara Rakyat

KUALA LUMPUR – Pembentangan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen hari ini menjadi bukti kerajaan mendengar suara rakyat dan memahami aspirasi rakyat, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Salleh turut menyifatkan Bajet 2018 sebagai menarik kerana cukup komprehensif dan inklusif apabila melibatkan semua golongan masyarakat dan realistik serta berhemah, bukannya populis seperti bajet olok-olok yang dibentangkan pakatan harapan Rabu lepas.

“Saya menilai bajet ini bukan sahaja menggembirakan rakyat, tetapi mampu menjana ekonomi negara.

“Perdana menteri sendiri menyatakan ini adalah ‘ibu segala bajet’ dan bajet terbaik yang pernah beliau bentangkan. Bajetnya pemurah menepati sasaran, berhemat tetapi tidak bakhil,” katanya menerusi catatan terbaru di laman blog, sskeruak.blogspot.my.


Najib ketika membentangkan Bajet 2018 memperuntukkan RM280.25 juta, iaitu pertambahan peruntukan sebanyak RM19.45 bilion berbanding RM260.8 bilion pada Bajet 2017.

Daripada jumlah peruntukan itu, RM234.25 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM46 bilion untuk perbelanjaan pembangunan, tidak termasuk simpanan luar jangka sebanyak RM2 bilion. – BERNAMA

Kategori