Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Reman Suspek Pijak Al-Quran...

TANAH MERAH - Polis mengesahkan gadis dipercayai memijak al-Quran dalam kejadian di Kampung...

Anwar Tinggalkan Hospital, Ke...

KUALA LUMPUR - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat meninggalkan Hospital...

Mayat Lelaki Ditemui Terapung...

JERTIH – Mayat seorang lelaki dalam lingkungan umur 40-an ditemui terapung di Sungai...

Berikut Adalah Nama 10...

MENTERI Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali akhirnya menjawab teka-teki mengenai 10 nama barisan...

Bajet 2018 Dijangka Dapat Martabatkan Lagi Institusi Tahfiz

LANGKAWI – Institusi tahfiz di negara ini dijangka dapat dimartabatkan lagi selepas pembentangan Bajet 2018 nanti susulan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini untuk memasukkan aspek keselamatan institusi tahfiz dalam bajet.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata kenyataan Najib itu menunjukkan komitmen berterusan kerajaan dalam membantu institusi berkenaan.

“Bantuan kerajaan telah diberikan secara berterusan (kepada institusi tahfiz dari sejak dahulu lagi) malah (jumlah peruntukan bantuan) ditingkatkan lagi (setiap tahun),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Taffaquh Fiddin Perdana Guru Takmir Zon Utara di sini hari ini.

Katanya bantuan yang diberikan tidak hanya terhad kepada institusi tahfiz di bawah kelolaan kerajaan-kerajaan negeri tetapi turut dilebarkan kepada pusat-pusat yang digerakkan secara persendirian atau swasta.

“Kita hendak pastikan supaya apa yang dihasratkan Perdana Menteri atau apa yang disumbangkan oleh kerajaan memang akan digunakan dan dimanfaatkan sepenuhnya untuk (meningkatkan lagi) aspek keselamatan (di institusi tahfiz),” katanya.

Perdana Menteri baru-baru ini berkata kerajaan akan mengumumkan “sesuatu” dalam Bajet 2018 pada 27 Okt ini berhubung kedudukan sekolah tahfiz di negara ini.


Najib yang juga Menteri Kewangan berkata menerusi pengumuman itu nanti, tindakan lebih tegas dapat diambil dalam mengutamakan aspek keselamatan di institusi pendidikan agama berkenaan.

Sementara itu, Asyraf Wajdi berkata setakat ini Jabatan Kemajuan Islam Malaysia merekodkan 612 pusat tahfiz di seluruh negara yang didaftarkan menerusi jabatan agama Islam negeri-negeri.

Katanya dianggarkan terdapat kira-kira 400 buah lagi institusi tahfiz yang tidak berdaftar dan berharap pengusaha-pengusaha yang terlibat mendaftar bagi memudahkan kerajaan menyalurkan bantuan.

“Rakyat juga harus memainkan peranan dengan menghantar anak-anak mereka ke pusat-pusat tahfiz yang berdaftar sahaja,” katanya. – BERNAMA

Kategori