Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Mangsa Insiden Perlanggaran Dua...

MUKAH - Lelaki warga emas yang hilang selepas terjatuh ke sungai dalam insiden...

Ringgit Terus Susut Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit terus susut berbanding dolar AS pada pembukaan hari ini...

UMNO Atur Strategi Tawan...

KUANTAN - UMNO Bahagian Kuantan yakin mampu menawan kembali kerusi Parlimen Kuantan yang...

PRN Sarawak: Pejuang Tidak...

PUTRAJAYA – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) memutuskan untuk tidak bertanding dan terlibat...

Bajet 2018 Gariskan Perkongsian Kekayaan Negara

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membentangkan Bajet 2018 yang bermatlamat memastikan kekayaan dan kemakmurah negara dinikmati secara saksama serta inklusif menerusi pertumbuhan ekonomi yang kukuh dan berdaya saing.

Bajet itu memperuntukkan sejumlah RM280.25 bilion, dengan RM234.25 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM46 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.

Kutipan hasil bagi tahun depan dijangka mencecah RM239.86 bilion, kata Najib ketika membentangkan bajet kesembilan beliau, selaku menteri kewangan, di Dewan Rakyat, dengan Anggota Parlimen Barisan Nasional mengenakan Baju Melayu atau sut berwarna biru, sekali gus mewujudkan gelombang biru yang padu di dalam dewan persidangan.

Buat pertama kali dalam sejarah pembentangan bajet, peruntukan besar berjumlah RM6.5 bilion disediakan bagi membantu golongan petani, nelayan, pekebun kecil dan penoreh getah.

Malah anak Malaysia yang bakal dilahirkan turut menikmati faedah, dengan dana simpanan awal berjumlah RM200 menerusi Unit Skim Amanah ‘Permodalan Nasional Berhad, bagi mereka yang dilahirkan dari 1 Jan 2018 hingga 2022.

Lebih banyak peruntukan disediakan bagi biasiswa; geran penyelidikan dan pembangunan; latihan teknikal dan pendidikan vokasional; membaiki dan menaik taraf 2,000 sekolah daif di seluruh negara; di samping mewujudkan dana khas bagi penambahbaikan serta penyelenggaraan di seluruh negara.

Selain insentif bagi usahawan kecil, khabar gembira turut disampaikan kepada peneroka Felda dengan lebih 112,000 peneroka menerima enam insentif utama termasuk insentif khas RM5,000.

Bajet inklusif ini turut mengambil kira kebajikan kalangan Bumiputera, yang membentuk hampir 70 peratus daripada penduduk negara yang berjumlah 32 juta orang, di samping kesejahteraan kaum Cina, India dan Orang Asli.

Usahawan kecil Wan Azizah Wan Salleh, yang memajukan perniagaan ternakan ayam itik dengan modal RM500 sehingga bergelar jutawan, turut hadir pada persidangan dewan hari ini, dengan disertai seorang pemandu teksi yang mendapat manfaat daripada dasar dan bantuan kerajaan.

Projek Infra-Rakyat seperti lebuh raya, transit aliran massa, lapangan terbang, dan kemudahan asas di kawasan luar bandar di samping Projek Berpaksikan Rakyat seperti jambatan, lampu jalan, surau dan pasar diberi perhatian sewajarnya dalam bajet bertemakan ‘Memakmurkan Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi dan Ukhrawi Demi Mensejahterakan Kehidupan Rakyat Menuju Aspirasi TN50.”

Merujuk kepada bajet berkenaan, Najib berkata: “Belanjawan yang tidak pernah diperucapkan sedemikiannya, baik sepanjang 22 tahun, malah selama 60 tahun kita bernegara sendiri, dan ditanda dalam sejarah menjadi – Ibu Segala Bajet.”


Beliau berkata bajet itu mengambil kira keperluan semua peringkat masyarakat selain matlamat negara untuk berada di kalangan 20 negara terulung di dunia menjelang 2050.

Dalam memacu negara ke arah pertumbuhan ekonomi yang kukuh tahun depan, Najib menggariskan bajet dengan merancakkan pelaburan, perdagangan dan industri di samping menyediakan peruntukan bagi mempertingkatkan perusahaan kecil dan sederhana serta pembiayaan mikro, merancakkan eksport, melonjakkan industri pelancongan, memperkukuhkan pasaran kewangan dan menjana pendapatan rakyat.

“Jumlah pelaburan di negara ini dijangka meningkat sebanyak 6.7 peratus, menyumbang 25.5 peratus kepada KDNK pada 2018,” kata Najib, dan menambah, pelaburan swasta dijangka mencecah RM260 bilion tahun depan.

Kerajaan mengunjurkan ekonomi Malaysia mencapai kadar pertumbuhan tahunan antara 5.2 dan 5.7 peratus pada 2017, lebih tinggi daripada unjuran pada Mac lepas iaitu antara 4.3 peratus dan 4.8 peratus.

Merujuk kepada bajet berkenaan, Najib berkata: “Belanjawan yang tidak pernah diperucapkan sedemikiannya, baik sepanjang 22 tahun, malah selama 60 tahun kita bernegara sendiri, dan ditanda dalam sejarah menjadi – Ibu Segala Bajet.”

Beliau berkata bajet itu mengambil kira keperluan semua peringkat masyarakat selain matlamat negara untuk berada di kalangan 20 negara terulung di dunia menjelang 2050.

Dalam memacu negara ke arah pertumbuhan ekonomi yang kukuh tahun depan, Najib menggariskan bajet dengan merancakkan pelaburan, perdagangan dan industri di samping menyediakan peruntukan bagi mempertingkatkan perusahaan kecil dan sederhana serta pembiayaan mikro, merancakkan eksport, melonjakkan industri pelancongan, memperkukuhkan pasaran kewangan dan menjana pendapatan rakyat.

“Jumlah pelaburan di negara ini dijangka meningkat sebanyak 6.7 peratus, menyumbang 25.5 peratus kepada KDNK pada 2018,” kata Najib, dan menambah, pelaburan swasta dijangka mencecah RM260 bilion tahun depan.

Kerajaan mengunjurkan ekonomi Malaysia mencapai kadar pertumbuhan tahunan antara 5.2 dan 5.7 peratus pada 2017, lebih tinggi daripada unjuran pada Mac lepas iaitu antara 4.3 peratus dan 4.8 peratus. -BERNAMA

Kategori