Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Waspada Dengan Akaun Palsu...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini mengingatkan orang ramai...

PAS Mungkin Saingan Sengit...

KUBANG PASU - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Kubang Pasu, Datuk...

Mengadu Durian Tak Sedap,...

SEORANG lelaki transgender di Thailand ditampar oleh peniaga durian selepas mengeluh durian yang...

Pegawai Salah Guna Kuasa...

SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pegawainya...

Bajet 2018 Lambang Prihatin Masyarakat Luar Bandar

BERA – Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan dakwaan pembangkang yang menyatakan Bajet 2018 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mencedok idea bajet pembangkang adalah satu kenyataan yang tidak berasas.

Menurut Ismail kerajaan telah menjalankan kajian dengan teliti serta mengambil pandangan rakyat sebelum membentangkan Bajet 2018 yang bersifat menyeluruh dan merangkumi pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, agama mahupun fahaman politik.

“Tidak timbul soal mencedok idea… kalau nak kira cedok idea, setiap tahun kita beri bonus kepada kakitangan kerajaan, tetapi kerajaan negeri Selangor pun buat perkara yang sama. Kita tak pula ada kata apa-apa.

“Idea siapa tidak penting kerana yang penting siapa yang memperoleh manfaat daripada bajet yang dibentangkan itu, iaitu rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Kecemerlangan Ummah Bahasa Inggeris Potensi Cemerlang SPM di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata demikain sebagai mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali yang mendakwa Bajet 2018 yang dibentangkan semalam mirip dengan belanjawan Selangor.

Ia termasuk pengumumuman tentang skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) yang dikatakan mirip Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) diwujudkan oleh kerajaan negeri Selangor pada 30 Ogos 2008.

Katanya pembangkang sendiri banyak melakukan pusingan U dalam membentangkan bajet alternatif yang diumumkan Pakatan Harapan termasuk pendirian berkaitan GST dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

“Sebelum ini mereka asyik kutuk BR1M, tetapi dalam bajet alternatif, mereka kata nak kekalkan BR1M pula, selepas itu cadangan menghapuskan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan mengembalikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) juga ketinggalan zaman.


“Sekarang 168 negara sekarang telahpun melaksanakan GST, mereka pula nak berpatah balik kepada cara lama, ini lagi tidak realistik,”katanya.

Beliau dalam masa yang sama turut merakamkan penghargaan kepada perdana menteri kerana menyediakan peruntukan yang besar kepada masyarakat luar bandar pada bajet kali ini.

Ia termasuk RM6.5 billion untuk penyediaan infrastruktur asas terutama luar bandar dan RM80 juta untuk Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) selain pemberian bersifat one offs ebanyak RM1,500 kepada tok batin dan ketua-ketua kampung.

“Malah Mara juga mendapat peruntukan bajet yang terbesar dalam sejarah apabila memperoleh RM2.5 billion untuk membiayai pengajian pelajar bukan sahaja di peringkat ijazah tetapi juga ijazah sarjana, ijazah kedoktoran dan ini akan menggalakkan kaum bumiputera untuk belajar ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya. – BERNAMA

Kategori