Wednesday, January 29, 2025

Creating liberating content

KPWKM Kaji Cadangan Wajibkan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang mengkaji cadangan mewajibkan...

Usahawan Muda Malaysia Digesa...

KUALA LUMPUR - Usahawan muda Malaysia khususnya yang terlibat dalam perusahaan kecil dan...

Nik Nazmi Tegur Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad mengakui...

Bekas Adun Bersatu Melaka...

Bekas Adun Bersatu Melaka, Noor Effandi Ahmad, memilih Amanah sebagai wadah baru politiknya.Ikuti...

Bajet 2018: Perhatian Tinggi PM Buat Sabah, Sarawak

PAPAR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberikan perhatian yang tinggi kepada Sabah dan Sarawak dalam pembentangan Bajet 2018 pada Jumaat lepas.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata peruntukan bajet tersebut kepada dua negeri ini menunjukkan keprihatinan Najib dan ketekunannya dalam mendengar nadi rakyat.

“Rata-rata keluhan daripada rakyat tidak ada kerana tidak ada satu sektor pun yang tidak disentuh dalam bajet kali ini.

“Saya melihat bajet ini sebagai satu bajet inklusif yang merangkumi semua lapisan rakyat,” katanya ketika ditemui Bernama pada majlis penutupan Program Tintec Agronomia di Kampung Seberang Benoni dekat sini malam tadi.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Papar berkata peruntukan RM1.1 bilion untuk pembangunan dan pembaikan kemudahan infrastruktur di Sabah mampu merancakkan lagi ekonomi negeri, sekali gus memperbaiki kehidupan rakyat.


“Selain infrastruktur, kita juga telah melihat satu peruntukan yang besar iaitu RM1 bilion untuk pembaikan sekolah-sekolah daif di Sabah dan RM1 bilion lagi untuk Sarawak kerana umum tahu sekolah daif di Sabah dan Sarawak sangat ketara,” tambahnya.

Rosnah turut berterima kasih kepada Perdana Menteri atas pengiktirafannya kepada golongan wanita dalam bajet itu sebagai tanda menghargai sumbangan wanita kepada negara. – BERNAMA

Kategori