Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Polis Buru Dua Suspek...

IPOH : Polis sedang mengesan dua lelaki bersenjatakan parang yang cuba menyamun sebuah...

Johor Garis 6 Fokus...

ISKANDAR PUTERI ā€“ Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini...

Polis Rancang Tubuh Unit...

SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) merancang untuk menubuhkan unit pengawasan udara...

Penemuan Haiwan Pelik Cetus...

SEJAK kebelakangan ini, semakin banyak pula penemuan makhluk-makhluk pelik yang sebelumnyaƃā€šĆ‚Ā tiada dalam rekod...

Pelbagai Inisiatif Bantu Rakyat Jana Pendapat

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menyediakan pelbagai inisiatif untuk membantu rakyat menjana pendapatan, termasuk menyediakan pinjaman mudah sebanyak RM120 juta, kepada 1,000 usahawan Food Truck 1Malaysia dan Mobile Food Kiosk 1Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mengumumkan perkara tersebut ketika membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata peruntukan itu akan disediakan melalui Bank Rakyat dan Bank Simpanan Nasional dengan kerajaan memberi subsidi kadar faedah empat peratus.

Katanya, sejumlah RM100 juta juga akan disediakan untuk memperluas Program eRezeki, eUsahawan dan eLadang di bawah Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), manakala RM60 juta lagi untuk program 1AZAm.

ā€œRM25 juta akan disediakan untuk Program Motosikal Tiga Roda di bawah FAMA. program mobilepreneur GiatMara dan program MyAGROSIS,ā€ katanya.

Selain itu, Perdana Menteri berkata geran sebanyak RM5,000 juga akan disedia kepada setiap pemandu teksi berdaftar yang berhasrat untuk bertukar ke penggunaan aplikasi e-hailing, untuk membeli kereta baharu.

Najib juga mengumunkan bahawa kerajaan akan membangunkan Agrobazaar Malaysia dengan peruntukan RM20 juta bagi menyediakan ruang pasaran dan pusat jualan agro makanan dengan harga yang lebih rendah, dimulakan di Putrajaya.

Katanya, Kementerian Pertanian Industri dan Asas Tani juga akan melaksanakan program melalui FAMA dan LKIM dengan peruntukan RM50 juta agar pengguna memperoleh stok barangan makanan dengan harga berpatutan, seperti ikan, sayur, ayam dan telur.


ā€œDemi kemaslahatan rakyat seharian, Bajet ini masih memperuntukkan RM3.9 bilion subsidi barangan dan pengangkutan, termasuk gas memasak, tepung, minyak masak, subsidi elektrik dan tol,ā€ katanya.

Beliau turut mengumumkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 akan bermula pada 2018 dengan 50 kedai dan akan diperluas kepada 3,000 KR1M 2.0 dalam tempoh tiga tahun.

ā€œKR1M 2.0 akan menyediakan lima barangan keperluan asas dengan harga rendah iaitu beras, gula, minyak masak, tepung dan LPG. Di samping itu, 50 jenis barangan pengguna berjenama dijual pada harga lebih rendah daripada pasaran,ā€ katanya.

Bagi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), katanya di bawah Bajet 2018, 7 juta penerima akan terus menikmati pemberian tersebut dengan kadar maksimum sehingga RM1,200. – BERNAMA

Kategori