Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Meizu Melancarkan MX4 Dengan...

Dalam pelbagai pengeluar telefon pintar dari China, Meizu merupakan salah satu yang popular...

Jemaah Haji Dinasihat Rujuk...

MADINAH - Unit Bimbingan dan Ziarah Tabung Haji Madinah menasihatkan jemaah untuk merujuk...

SPRM Siasat Pula Hotel...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan berhubung pembelian sebuah lagi...

Dewan Rakyat Lulus Rang...

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan)...

‘Balas Dendam’ Goreng Sawa Gigit Penduduk

PEKANBARU (Indonesia) – Seorang lelaki cedera parah di tangan selepas digigit seekor ular sawa sepanjang tujuh meter.

Robert Nababan, 37, dilaporkan cuba menangkap ular sawa itu pada Sabtu lalu di Desa Belimbing di Indragiri Hulu, wilayah Riau.

Jurucakap polis, Sutarja berkata, Robert yang cedera parah dibawa ke hospital oleh penduduk dan keadaannya dilaporkan stabil.

Menurutnya, ular sawa itu kemudian dibunuh penduduk sebelum digoreng untuk dimakan.

“Menurut laporan yang diterima ular itu sudah digoreng dan dimakan bersama-sama oleh penduduk,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu berlaku apabila Robert melihat beberapa penduduk cuba menangkap ular sawa berkenaan di sebuah ladang kelapa sawit.


“Robert pada mulanya berjaya menangkap kepala ular itu dan cuba memasukkan haiwan berkenaan ke dalam guni.

“Bagaimanapun, ular itu tiba-tiba menggigit tangan Robert menyebabkan dia cedera parah,” jelasnya. – Agenssi/myMetro Online

Kategori