Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pelabur Tak Terima Idea...

KUALA LUMPUR - Prestasi Bursa Saham dan nilai ringgit yang masih meneruskan trend...

Wanita Kerugian RM5,000, Beg...

BUTTERWORTH - Seorang suri rumah kerugian lebih RM5,000 selepas wang tunai dan barang...

PBM Tanding Dua DUN

KUALA LUMPUR: Parti Bangsa Malaysia (PBM) akan meletakkan calonn di dua kerusi Dewan...

Tema Hari Guru Peringkat...

KUALA LUMPUR - 'Guru: Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak' menjadi tema sambutan Hari Guru...

Barangan Keperluan Musim Perayaan Deepavali Mencukupi

RAUB – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Pahang memberi jaminan barangan keperluan khususnya barangan kawalan sepanjang musim perayaan Deepavali di negeri ini, adalah mencukupi.

Pengarahnya Sharuddin Jali berkata ia termasuk kacang dal dan daging kambing yang mendapat permintaan tinggi setiap kali musim perayaan Deepavali.

“Sebelum menetapkan harga kawalan, agensi berkaitan seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Jabatan Veterinar serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah mengadakan mesyuarat untuk memastikan bekalan mencukupi.

“Pembekal dan peniaga memberi kerjasama baik setakat ini dan jika ada keperluan kita boleh menambahkan stok bekalan dari semasa ke semasa,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran skim kawalan harga musim perayaan Deepavali di sebuah pasar raya di sini hari ini.

Turut hadir, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Talam, Datuk Abdul Aziz Mat Kiram.


Sebanyak 16 barang tersenarai dalam skim kawalan harga musim perayaan Deepavali kali ini, bermula hari ini sehingga 22 Okt depan.

Sharuddin berkata pihaknya akan menggerakkan 280 anggota penguatkuasa untuk melakukan pemantauan di seluruh negeri, bagi memastikan peniaga sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan termasuk di pasar raya, kedai runcit, dan pasar basah. – BERNAMA

Kategori