JOHOR BAHRU – Seramai 47 penumpang berdepan detik cemas apabila bas ekspres dinaiki mereka terbabas dan terbalik di Jalan Ulu Tiram-Kota Tinggi, di sini pagi tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi, Pegawai Bomba Kanan II Jaafar Mahmood berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.47 pagi tadi.
“Sejurus menerima panggilan kecemasan itu, sebuah jentera dengan empat anggota dikejarkan ke lokasi kejadian. Punca kemalangan tersebut masih lagi dalam siasatan.
“Maklumat awal yang diterima bas ekspres yang dinaiki 47 penumpang terbabas sebelum terbalik dengan dua daripadanya mengalami cedera manakala 45 yang lain selamat,” katanya. – BERNAMA