Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Malaysia Rujuk Ulama Dunia...

KUALA LUMPUR - Malaysia mendapatkan pandangan dan penjelasan ulama terkemuka dunia tentang hukum...

Kemuncak Pemberian Vaksin Pada...

PUTRAJAYA - Kerajaan yakin Jun, Julai dan Ogos menjadi kemuncak kepada pemberian vaksin...

Bursa Malaysia Terima Panggilan...

SUASANA di luar bangunan Bursa Malaysia di Kuala Lumpur huru-hara apabila orang ramai...

Daler Tak Sengaja Terpegang...

BERKONGSIKAN sebuah babak drama lakonan terbaharunya, pelakon Daler Yusof baru-baru ini dikecam gara-gara...

Bayi 2 Bulan Antara 5 PATI Ditahan Imigresen Kedah

ALOR SETAR – Imigresen Kedah menahan lima pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Kemboja dan Myanmar, termasuk bayi lelaki berusia dua bulan, dalam Op Mega di Kampung Panchor, Pokok Sena, semalam.

Pengarah Imigresen Kedah, Zuhair Jamaludin berkata dalam operasi dari 8.15 pagi hingga 11 malam itu, kelima-lima PATI yang berusia enam bulan hingga 32 tahun itu ditahan di kawasan perkampungan berkenaan yang dipercayai menjadi petempatan warga asing berkenaan.

“Mereka yang ditahan ialah seorang wanita Kemboja, seorang bayi lelaki berumur dua bulan dan seorang kanak-kanak perempuan warga Kemboja. Turun ditahan seorang lelaki dan seorang wanita warga Myanmar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zuhair berkata kesemua PATI ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) kerana tidak memiliki pas dan permit kerja yang sah.

Semua ditahan di lokap Imigresen, Bangunan Kementerian Dalam Negeri, Alor Setar untuk siasatan dan tindakan lanjut sebelum diserah ke Depot Tahanan Imigresen Belantik, Sik. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Pati

Kategori