Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Standard Minimum Pembayaran Mudah...

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) akan memperkenalkan standard minimum untuk pembayaran...

Rasuah: Pemilik Kilang Tayar...

JOHOR BAHRU - Gara-gara memberi rasuah kepada pembantu penguat kuasa Majlis Perbandaran Kluang...

Bapa Menyorok Selepas Kantoi...

BAPA kepada seorang remaja perempuan berusia 14 tahun diburu polis selepas kantoi merogol...

Junta Tentera Batal Larangan...

BANGKOK - Thailand akan mengadakan pilihan raya umum yang tertangguh pada 24 Februari...

Bekas Naib Pengerusi DAP Gagal Batal Saman Mukhriz

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim gagal dalam permohonannya untuk membatalkan saman fitnah yang difailkan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berhubung dakwaan isu pakatan sulit melibatkan dirinya dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nordin Hassan membuat keputusan itu selepas menolak permohonan Tunku Abdul Aziz selaku defendan dengan alasan bahawa kenyataan yang disebut itu memang merujuk kepada Mukhriz, dan terdapat isu yang perlu dibicarakan dalam saman berkenaan.

Mahkamah memerintahkan defendan membayar kos sebanyak RM4,000 kepada Mukhriz selaku plaintif dalam kes saman itu dan turut menetapkan empat hari untuk perbicaraan kes itu pada 11, 12, 18 dan 19 Jan 2018.

Mukhriz diwakili peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla manakala peguam Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos bertindak bagi pihak Tunku Abdul Aziz.

Mukhriz, 53, yang kini timbalan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) memfailkan saman itu pada 7 Feb 2017, mendakwa pada 30 Dis 2016, defendan telah mengeluarkan satu kenyataan bertajuk ‘Memang Wu­­jud Pakatan Sulit antara Tun Ma­hathir dan Kit Siang’ yang dilaporkan di dalam blog AIDCNews.


Mukhriz mendakwa, pada 1 Jan 2017, pihaknya ada membuat penafian secara terbuka dan mengemukakan notis tuntutan meminta defendan membuktikan kenyataan fitnah itu dan sekiranya gagal, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap defendan.

Bagaimanapun, pada 3 Jan 2017, defendan ada menerbitkan atau menyebabkan terbit satu lagi kenyataan media bertajuk ‘Tunku Abdul Aziz gesa Mukhriz, Kit Siang buat pe­ngakuan bersumpah’. – BERNAMA

Kategori