Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Empat Pelajar Perempuan Lari...

EMPAT pelajar perempuan dilapor melarikan diri dari asrama sebuah sekolah agama di Kampung...

DNA: Sah Itu Mayat...

SUNGAI BULOH : Polis mengesahkan wanita ditemukan mati dipercayai dibunuh di ladang kelapa...

Dakwaan Sindir Ayda Jebat,...

BEBERAPA hari lalu, satu isu membabitkan dua nama selebriti iaitu Shila Amzah dan Ayda...

Najib Hadiri Malam Wartawan...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri Malam Wartawan...

Bekas Timbalan Setiausaha Bahagian KKLW Bebas Reman

PUTRAJAYA – Seorang bekas timbalan setiausaha bahagian sebuah kementerian yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana berkaitan projek luar bandar di Sabah, dibebaskan hari ini.

Majistret Atikah Abu Hassan membenarkan wanita berusia 40 tahun itu dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM50,000 dengan dua penjamin.

Wanita itu yang kini bertugas sebagai setiausaha bahagian di sebuah kementerian lain, ditahan reman selama enam hari bermula 6 Oktober lepas sebelum perintah reman terhadapnya disambung enam hari lagi sehingga hari ini.

Wanita itu merupakan antara lapan individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setakat ini bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana projek luar bandar berjumlah RM180 juta iaitu sebahagian daripada RM1.5 bilion dana yang dianggarkan diselewengkan daripada sebuah kementerian.

Dana RM1.5 bilion itu adalah sebahagian peruntukan kerajaan pusat melalui sebuah kementerian berjumlah RM7.5 bilion untuk melaksanakan projek luar bandar di Sabah bagi tempoh 2009 hingga 2015. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • reman

Kategori