Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

MAPIM Sasar Kutipan RM10j...

KUALA LUMPUR - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menyasarkan kutipan sumbangan RM10...

Presiden Halimah Tetap Setia...

PELANTIKAN bekas speaker Parlimen, Halimah Yacob sebagai Presiden Singapura yang kelapan dan julung...

Eizlan Yusof Tertekan Isu...

AKTOR Datuk Eizlan Yusof mengakui dirinya masih trauma dengan perpisahannya bekas isteri, Vie...

Ketua Pembangkang DUN Kedah...

PETALING JAYA - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah...

Bellew Letak Jawatan, Khazanah Jadi Punca?

KUALA LUMPUR – Sebagai pemegang saham utama Malaysia Airlines Bhd. (MAB), Khazanah Nasional Bhd. harus bertanggungjawab terhadap perletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Peter Bellew, kata sumber.

Bellew merupakan CEO kedua MAB yang meletakkan jawatan sebelum kontrak tiga tahunnya tamat.

Sebelum ini, beliau menggantikan Christoph Mueller yang turut meletakkan jawatan selepas hanya setahun menerajui syarikat penerbangan nasional itu.

Menurut laporan New Straits Times berdasarkan maklumat daripada seorang sumber boleh dipercayai sebab sebenar Bellew dan Mueller meninggalkan MAB adalah disebabkan campur tangan  Khazanah yang menguruskan syarikat tersebut.

“Khazanah terlalu campur tangan dalam pengurusan Malaysia Airlines. Adakalanya mereka ‘lebih sudu daripada kuah’ dalam urusan lembaga pengarah,” kata sumber itu lagi.

Perletakan jawatan secara tiba-tiba Mueller pada April tahun lepas, yang mengejutkan industri penerbangan, nampaknya disebabkan oleh perbezaan pendapat yang tidak dapat diselamatkan lagi antara Khazanah dan pakar pemulihan penerbangan Jerman itu, tambah sumber tersebut.

Pada masa itu, Khazanah cuba untuk mengurangkan spekulasi terhadap peletakan jawatan Mueller dengan mengatakan keputusan warga Jerman berusia 55 tahun itu disebabkan masalah peribadi.

Bellew, seperti Mueller sebelum ini, dipercayai tidak bersetuju dengan beberapa keputusan yang dibuat oleh Khazanah dalam pengurusan syarikat penerbangan itu secara menyeluruh.

Hari ini, Ryanair mengumumkan bahawa Bellew akan menyertai semula syarikat penerbangan itu sebagai ketua pegawai operasi mulai 1 Disember ini.


Bellew akan mengambil alih tanggungjawab untuk semua operasi penerbangan Ryanair, operasi darat dan kejuruteraan, kata Ryanair dalam satu kenyataan.

Bellew sebelum ini bekerja di Ryanair sehingga tahun 2014, di mana jawatan terakhir beliau adalah Pengarah Operasi Penerbangan.

Dalam satu kenyataan kemudian, MAB menyifatkan pengumuman tersebut sebagai “tidak dijangka”, memetik sidang akhbar baru-baru ini (pada 27 September) di mana warga Ireland itu menyatakan komitmennya kepada Malaysia Airlines apabila ditanya mengenai spekulasi bahawa dia akan menyertai semula Ryanair.

“Dia (Bellew) berkata beliau gembira berada di Malaysia dan pemulihan Malaysia Airlines akan menjadi ‘pencapaian terbesar dalam hidup saya’,” kata MAB.

Semasa ditanya mengenai pengumuman Bellew, seorang pegawai Khazanah berkata MAB mungkin mengeluarkan kenyataan lain mengenai perkara ini dalam beberapa hari akan datang. – MYNEWSHUB.CC

Kategori