Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Waran Tangkap 2 Pencuri...

KUALA LUMPUR - Polis Bukit Aman akan mengeluarkan waran tangkap kepada dua suspek...

23 Jun Cuti Berganti...

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan menetapkan 23 Jun iaitu hari jumaat sebagai hari cuti...

4 Lelaki Disyaki Serang...

PETALING JAYA - Empat lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes anggota...

Ambil Tindakan Tegas Terhadap...

KUALA LUMPUR - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) perlu mengambil tindakan tegas terhadap...

Berbadan Dua, Nora Belum Ngidam Bukan-Bukan

SEMENJAK disahkan berbadan dua, figura jelita Nora Danish semakin banyak mengenal erti pengorbanan dan pengalaman membawa satu lagi nyawa dalam tubuhnya.

Anak jati Kuala Terengganu ini tidak menyangka masih diberikan rezeki untuk hamil dan bersyukur atas nikmat yang diberi oleh Allah.

Nora atau nama sebenarnya, Nora Mohd Danish Hanif berkata setakat ini dia belum lagi mengidam makanan yang bukan-bukan walaupun usia kandungan semakin bertambah.

Memetik sebuah sumber, Nora menjelaskan keinginannya terhadap sesuatu misalnya daripada segi makanan setakat ini masih lagi di tahap yang terkawal.

Tambahnya lagi, keadaan kali ini adalah amat berbeza dengan pengalaman sebelum ini ketika hamil anak sulungnya, Putra Rayqal di mana aktress ini mengalami masalah dengan makanan yang berasaskan ayam.

“Setakat ini, semuanya masih terkawal dan boleh dikatakan segala jenis makanan saya ‘belasah’.

“Keadaan agak berbeza ketika saya mengandungkan anak sulung dulu. Waktu itu, ada makanan yang saya tak boleh makan, contohnya yang berasaskan ayam,” katanya memetik BH Online.

Dalam perkembangan lain, isteri kepada Nedim Nazri ini dilihat semakin memperlahankan langkah kerjaya seni bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada kandungan yang semakin hari semakin membesar.

Justeru itu, Nora hanya menunggu filem terbaru lakonannya, iaitu Makrifat Cinta dan Bukan Cinta Malaikat ditayangkan di pawagam tanah air.

Makrifat Cinta merupakan sebuah filem yang bakal menyaksikan pelakon ini bergandingan dengan pengarah terkenal, Syamsul Yusof.

Manakala, Bukan Cinta Malaikat pula merupakan sebuah filem kolaborasi antara dua negara berjiran iaitu Malaysia dan Indonesia.


Sementara itu, beberapa hari lalu seluruh nusantara dikejutkan dengan berita kehamilan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.

Baca: Siti Nurhaliza Bakal Timang Baby Boy?

Seperti mana rata-rata netizen begitu teruja dengan perkara itu, pelakon rupawan ini juga dilihat tidak ketinggalan bersama menumpang perasaan gembira yang tidak terhingga.

Tambahan pula, usia kandungan wanita tersohor negara itu hampir sama dengan kandungannya iaitu masing-masing kini hamil empat bulan.

“Sejak dapat tahu berita kehamilan Datuk Siti, saya antara orang yang paling teruja, apatah lagi kami berkongsi usia kehamilan yang sama.

“Saya sedar, bukan saya saja yang menunggu berita gembira itu selama ini. Pastinya, ramai yang berharap rumah tangga beliau akan dikurniakan cahaya mata,” katanya dengan nada teruja.

Nora sebelum ini pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli atau dikenali sebagai Jejai dan pasangan ini dikurniakan seorang anak. Namun jodoh mereka tidak panjang.

Beberapa tahun kemudian, Nora mendirikan pula rumah tangga bersama Nedim Nazri dengan dua kali lafaz pada malam Khamis selepas tiga tahun menyulam cinta. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori