Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kanak-Kanak Dirogol, Kayu 24cm...

KEJAM dan tidak berperikemanusiaan. Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun telah meninggal dunia dalam...

Rompakan Di Perairan Tungku...

TAWAU - Pemilik kapal syarikat San Hap trauma dengan insiden melibatkan 19 anak...

Video: Tak Padan Gemuk...

Aksi superman atau baring atas motor sambil menunggang atas jalanraya merupakan antara kegemaran...

Penyokong Pakatan Cetek Pemikiran...

"SERANGAN bertali arus oleh mereka yang dipercayai pro-Pakatan Harapan terhadap pihak yang sokong...

Bidas Tun M, Bellew Cuma Mahu ‘Balik Kampung’

KUALA LUMPUR – Dalam satu sidang akhbar khas, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines, Peter Bellew menjelaskan perletakan jawatannya daripada syarikat penerbangan itu adalah atas kehendaknya sendiri.

Dengan kenyataan itu, Bellew sekaligus membidas dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa perletakkan jawatan beliau adalah susulan campur tangan kerajaan dalam urusan syarikat.

“Apa yang dikatakan Dr. Mahathir salah. Itu tak betul. (Sebaliknya) Saya hanya mahu balik kampung. Saya mahu pulang Ireland untuk bersama dengan orang yang saya sayang,” katanya, di sini hari ini.

Jumaat lalu, Mahathir mendakwa punca sebenar perletakan jawatan Bellew adalah campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, antaranya dalam isu pembelian sejumlah pesawat Boeing mencecah nilai AS$10 bilion.

Mengulas lanjut mengenai dakwaan tersebut, Bellew menekankan perkataan bahasa Melayu ‘balik kampung’ beberapa kali, menunjukkan ketegasan terhadap kenyataannya.


Katanya, bukan hanya kerajaan, malah beliau boleh mengesahkan bahawa tiada campur tangan daripada mana-mana pihak ketika mengemudi Malaysia Airlines. – MYNEWSHUB.CC

Kategori