BINTANG K-Pop, Choi Siwon memohon maaf di atas kecuaian menyebabkan kematian seorang wanita berusia 53 tahun akibat diserang oleh anjing peliharaan keluarganya dua minggu lalu.
Mangsa yang hanya dikenali sebagai Kim, merupakan seorang pengusaha restoran terkenal di Hanikwan, Seoul, maut di hospital selepas beberapa hari digigit anjing daripada baka Pitbull peliharaan keluarganya Choi.
Dalam kejadian 3 Oktober lalu itu, Kim yang berada di perkarangan apartment rumahnya secara tiba-tiba diserang anjing peliharan Siwon, ketika sedang dibawa keluar oleh bapanya.
Anjing itu juga dilaporkan sudah lama dibela keluarga Siwon dan tidak dirantai ketika kejadian.
“Saya dengan rendah diri memohon maaf kepada keluarga mendiang dan mengucapkan takziah.
“Sebagai anggota keluarga yang memelihara anjing itu saya berasa bertanggungjawab atas insiden tersebut,” luah anggota kumpulan Super Junior itu pada Sabtu di Instagram.
Bagaimanapun, pemohonan maaf yang agak lewat daripada penyanyi berusia 31 tahun itu telah mengundang kritikan netizen yang menyifatkan ia sebagai tidak ikhlas.
Membuatkan beliau terpaksa memadam gambar dirinya memeluk anjing peliharan yang diberi nama Buxy, di akaun Instagram. – MYNEWSHUB.CC