Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tentera Russia Tawan Mariupol

KYIV – Presiden Russia, Vladimir Putin mengisytiharkan bahawa bandar pelabuhan utama Ukraine, Mariupol...

Belum Masa Bincang Tamat...

PUTRAJAYA - Strategi keluar daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hanya akan dipertimbang jika...

Wakil Rakyat BN Boikot...

GEORGE TOWN - Sepuluh wakil rakyat Barisan Nasional (BN) hari ini bertindak memboikot...

Kilang Kelapa Sawit Musnah...

TAWAU - Sebuah kilang kelapa sawit musnah dalan kebakaran di Kalabakan, kira-kira 100...

Bom Perang Jepun Punca Letupan 3 Staf MRT Parah!

LETUPAN bom lama peninggalan Perang Dunia Kedua dikenal pasti punca tragedi menyebabkan tiga pekerja parah dalam kejadian di tapak pembinaan MRT Bandar Malaysia, dekat Sungai Besi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh mengesahkan kejadian pada jam 5 petang Selasa itu selepas siasatan dilakukan oleh Unit Polis Forensik di lokasi kejadian.

“Ia adalah bom lama ketika Perang Dunia Kedua dan meletup secara tiba-tiba sewaktu kerja pembinaan sedang dijalankan,” katanya.

Semua mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan.

Baca: 3 Cedera Parah, Letupan Di Projek MRT

Portal myMetro sebelum ini melaporkan sekurang-kurangnya tiga pekerja tapak pembinaan MRT dekat bekas Lapangan Terbang Sungai Besi, cedera parah dalam kejadian letupan petang semalam.

Difahamkan, dua daripada pekerja berkenaan terputus kaki.


MMC-Gamuda KVMRT (T) Sdn. Bhd. dalam satu kenyataan mengesahkan tiga pekerjanya yang parah berada dalam keadaan stabil di hospital berkenaan.

Untuk rekod, Bandar Malaysia Selatan merupakan satu daripada 11 stesen bawah tanah membabitkan laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya.

MMC-Gamuda KVMRT (T) Sdn. Bhd. adalah kontraktor bagi kerja-kerja bawah tanah. – myMetro Online

Kategori