Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kemenangan UMNO Janji Masa...

KUALA LUMPUR - Berbekalkan rekod kejayaannya dalam mentadbir urus negara yang tidak boleh...

Sanchez Terpaksa Berehat Panjang

MANCHESTER - Bintang Manchester United, Alexis Sanchez dijangka terpaksa berehat panjang selepas mengalami...

Tapak Geologi Tanjung Batu...

LABUAN - Tapak geologi Tanjung Batu, satu daripada enam tapak di Labuan yang...

Nonny AF5 Bakal Tamat...

BEKAS peserta Akademi Fantasia (AF) musim ke-5, Nonny Nadirah bakal menamatkan zaman bujang...

Bomba Sediakan 617 Unit Jentera Hadapi Banjir

KUALA TERENGGANU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyediakan 617 unit pelbagai jentera bagi menghadapi musim banjir di seluruh negara tahun ini, kata Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM Datuk Amer Yusof.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 479 unit adalah bot aluminium, 28 bot getah, enam bot gentian kaca, empat bot menyelamat, 71 jet ski, 15 bot laju jenis kevlar dan 14 jentera Amphibious Rigid Inflatable Boat.

Sebanyak tujuh helikopter bomba pula diletakkan dalam keadaan siap sedia bagi membuat pemantauan udara yang ditempatkan di Subang, Bertam (Pulau Pinang), dan Miri (Sarawak), katanya.

“Pada Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu JBPM dan agensi keselamatan lain pada 13 Sept lalu, juga dibuat penyelarasan banjir dengan Zon 1 adalah Kuala Terengganu manakala Zon 2 Kerteh yang kita jangka terlibat banjir.

“Seramai 12,649 pegawai dan anggota bomba di seluruh negara terlibat (dalam operasi banjir). Jika seluruh Terengganu terlibat dan menghadapi kekurangan anggota atau aset, kita akan gerakkan anggota dan pegawai dari Pahang dan Kelantan untuk membantu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Pembinaan Semula Rumah Terbakar di bawah program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di Kampung Chendering Pantai, di sini hari ini.


Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Terengganu, Datuk Mohd Jidin Shafee dan Pengarah Bomba Pahang, Azlimin Mohd Noor.

Amer berkata anggota dan pegawai bomba juga diperkasakan dengan pengetahuan dan kemahiran fizikal berkaitan pelaksanaan tugas di air, peralatan serta jentera terutamanya bot.

“Bomba Terengganu juga sudah mula membuat latihan dalaman dan latihan simulasi bencana banjir dan pengurusan mangsa bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan dan Tenaga Nasional Berhad di Tasik Kenyir pada 25 Okt lepas sebagai persediaan penuh menghadapi segala kemungkinan ketika musim banjir nanti,” katanya. – BERNAMA

Kategori