Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Sekolah Akan Dijadikan PPV...

SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia...

Ibu Gadis ‘Culik’ Mohon...

Sebagai seorang ibu, tiada apa yang diharapkan selain mengetahui anak berada dalam keadaan...

Sasar Lupus Sepenuhnya Sampah...

PEKAN - Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) menyasar untuk membersih...

95 Ditahan Kerana Disyaki...

SERDANG - Polis menahan 95 rakyat Malaysia yang berpotensi menjadi pengganas dan terlibat...

Bomba Selamatkan 2 Kanak-Kanak Terperangkap

KENINGAU – Jabatan Bomba dan Penyelamat di sini berjaya menyelamatkan dua kanak-kanak perempuan yang terperangkap di tengah-tengah Sungai Pampang, dekat sini, apabila paras air sungai berkenaan meningkat secara mendadak.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, kejadian berlaku ketika kedua-kedua kanak-kanak berumur 10 tahun dan lima tahun itu cuba menyeberangi sungai berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, selepas berada di tengah-tengah sungai itu, paras air sungai tiba-tiba naik mendadak menyebabkan mereka terperangkap.

Katanya, pasukan bomba dan penyelamat dimaklumkan mengenai kejadian itu pada jam 6.35 pagi sebelum menghantar pasukan 11 anggota ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat. – BERNAMA

Kategori