Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Rafizi Nafi Beliau Calon...

SHAH ALAM - Mohd Rafizi Ramli hari ini menafikan beliau adalah calon PKR...

Tujuh Nelayan Filipina Hilang...

MANILA: Pasukan penyelamat giat menjalankan operasi mencari serta menyelamat tujuh nelayan yang hilang...

Kes Saman Raja Kamarul...

KUALA LUMPUR - Kes saman fitnah difailkan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan...

Proses Pengundian Seluruh Negara...

KUALA LUMPUR - Pemantauan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap proses pengundian Pilihan Raya...

Bot APMM Terbakar, Tiada Mangsa Terlibat

SITIAWAN – Dua bot milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) terbakar di Jeti Kompleks Perikanan Kampung Acheh di sini, awal pagi tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan Tajul Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira 1.45 pagi sebelum lima anggota bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, sebuah bot sedang terbakar sehingga 90 peratus, manakala sebuah lagi hanya lima peratus kesan daripada terkena bahang bot tersebut.

“Bagaimanapun, semasa kejadian bot berkenaan kosong dan tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tajul berkata pihaknya mengambil masa hampir 15 minit untuk mengawal api dan operasi tamat sepenuhnya kira-kira 3.28 pagi. – BERNAMA

Kategori