Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Budaya Berbudi Dicadang Diterap...

KUALA LUMPUR - Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Malaysia Tan Sri Dr Rais Yatim mencadangkan...

UMNO Tak Perlu Pertahankan...

KUALA LUMPUR - Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak menegaskan, parti itu...

Biro Kebajikan UMNO Agih...

KOTA BAHARU - Biro Kebajikan Umno Malaysia hari ini mengagihkan bantuan peralatan yang...

Pembantu Tadbir Kolej Tak...

Seremban : Pembantu tadbir sebuah kolej vokasional didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini,...

Boy Iman Direman Bantu Siasatan Kes Di Kubang Pasu

KUBANG PASU – Mahkamah Majistret Jitra di sini mengeluarkan perintah tahanan reman dua hari bermula hari ini ke atas Pengarah Urusan DBI Properties, Datuk Noruliman A. Rahman bagi membantu siasatan berhubung penipuan jualan rumah di sini membabitkan nilai RM30,000.

Turut direman, tiga orang lagi termasuk seorang wanita berumur lingkungan 30 hingga 45 tahun, masing-masing merupakan pengarah sebuah syarikat.

Perintah tahanan reman berkenaan dikeluarkan Majistret Abdul Hadi Hakimi Harun di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Noruliman, 37, yang juga pelakon dikenali sebagai Boy Iman, diwakili Peguam Ummi Kalthum Zakaria manakala Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Zuriah Mohd Nordin mewakili tiga individu berkenaan.

Boy Iman ditahan di Balai Polis Bukit Indah, Ampang Isnin lepas berkaitan siasatan kes penipuan jualan rumah membabitkan nilai RM6.2 juta.


Perintah tahanan reman ke atas pelakon itu hari ini, merupakan yang kelima selepas ditahan reman sebelum ini di Ampang dan Shah Alam di Selangor, Muar di Johor Baharu dan Sungai Petani, Kedah. – BERNAMA

Kategori