Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

KKM Sedang Audit Klinik...

PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan (KKM) memerlukan sedikit masa lagi bagi mengenal pasti klinik...

Dollah Janji Skuad Negara...

SHAH ALAM - Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh berjanji anak didkinya...

Dah Kena Tarik… “Saya...

KUALA LUMPUR - "Saya akan terus bertugas sebagai Penasihat Ekonomi Selangor demi menjaga...

Jin Wei Mara Ke...

KUALA LUMPUR - Juara Remaja Dunia, Goh Jin Wei meneruskan aksi cemerlangnya untuk...

Bukit Kayu Hitam Bukan Lagi Syurga Penyeludupan

LANGKAWI – Operasi kompleks baharu di pusat pemeriksaan sempadan Bukit Kayu Hitam Malaysia-Thailand berhampiran Kedah akan membuka laluan untuk memadamkan imej Bukit Kayu Hitam yang selama ini dikenali sebagai syurga bagi penyeludup.

Ketua Polis Kedah Datuk Asri Yusoff memberitahu pemberita hari ini kompleks baharu itu akan mengurangkan semua kelemahan yang dikenal pasti menjadi penghalang kepada usaha agensi penguatkuasaan di kawasan itu.

“Operasi kompleks ini akan menyelesaikan masalah sedia ada dan mengatasi kelemahan yang dimanipulasi penjenayah,” katanya selepas menutup Mesyuarat Agensi Kerjasama Maklumat Sempadan Malaysia/Thailand (BICAM) ke-21 di sini hari ini.

Asri, yang mempengerusikan mesyuarat itu bersama-sama dengan Pemerintah Polis Wilayah Songkhla, Thailand, Mej Jen Polis Preeda Piamwaree, berkata kompleks baharu itu dan perlanjutan masa operasi di pusat pemeriksaan sempadan adalah antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan.

“Waktu operasi di pusat pemeriksaan sempadan itu akan dilanjutkan daripada 18 jam sekarang kepada 20 jam berkuat kuasa 1 Nov dan seterusnya akan dilanjutkan kepada 24 jam bermula 1 Jan 2019. Polis telah pun bersedia untuk melaksanakannya,” katanya.
​​​​​​​
Mesyuarat tiga hari itu, yang bermula semalam, dihadiri 48 pegawai kanan mewakili polis dan beberapa agensi penguatkuasaan dari Malaysia serta Thailand, turut membincangkan maklumat terkini berkaitan jenayah rentas sempadan.


Sementara itu, Preeda berkata mesyuarat itu telah merapatkan lagi kerjasama antara polis dan agensi penguatkuasaan dari kedua-dua wilayah daripada dua negara yang berlainan itu untuk berkongsi maklumat dan membendung aktiviti jenayah.

“Kami mempunyai kerjasama sangat rapat berhubung masalah dadah dan beberapa jenayah rentas sempadan lain dan pada masa sama, kerjasama yang sangat baik,” katanya. – BERNAMA

Kategori