Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Maut Lepas Stay Up...

ISU viral di laman sosial Facebook berkaitan seorang wanita yang dikatakan koma ketika...

Pelakon ‘Psiko’ Sepanyol Kantoi...

SEPANYOL – Hampir 22,000 peminat dan pengikut instagram aktres dari Sepanyol, Anna Allen...

Abdul Hadi Dakwa Anwar...

MARANG - PAS menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang pelakon berhubung hasrat...

Penjelasan Di Sebalik Arahan...

MENCETUSKAN persoalan orang ramai di media sosial gara-gara satu gambar surat rasmi yang...

Buru Syarikat Jualan Langsung Perdaya Pelanggan

NILAI – Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor kini memburu pemilik sebuah syarikat pembekal mesin layan diri di Rawang, Selangor yang disyaki memperdaya pelanggan membabitkan kerugian mencecah RM400,000.

Timbalan Pengarahnya Azman Adam berkata pihaknya menerima beberapa aduan pelanggan yang mendakwa mereka tidak menerima mesin layan diri yang ditempah daripada syarikat itu.

Susulan itu, KPDNKK Selangor menyerbu premis syarikat berkenaan dan merampas 35 unit mesin layan diri minuman, makanan ringan serta kios Internet Wi-Fi yang dianggar bernilai RM439,500 pada 19 Okt lalu, katanya pada sidang media di Kompleks Penyimpanan Eksibit KPDNKK Nilai, di sini hari ini.

Katanya siasatan awal mendapati syarikat yang beroperasi sejak 2015 itu disyaki menjalankan perniagaan jualan langsung namun gagal mengemukakan lesen sah jualan langsung daripada KPDNKK.

“Dalam sistem pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia, syarikat itu didaftarkan sebagai pembekal mesin layan diri namun yang dilakukan mereka ialah menjalankan promosi dari rumah ke rumah bagi mencari pelanggan, sekali gus menyalahi Akta Jualan Langsung 1993,” katanya.


Katanya mereka memperdaya pelanggan dengan menawarkan baucar percutian di dalam dan luar negara bernilai RM1,000 selain memberi jaminan pinjaman diluluskan dan pulangan yang besar.
Azman berkata setakat ini pihaknya telah mengambil keterangan 20 individu dan sedang mengesan pemilik syarikat berkenaan.

Kes disiasat menurut Seksyen 4(1) Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993 yang memperuntukkan penalti RM250,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya bagi individu dan denda RM1 juta bagi kesalahan pertama untuk syarikat, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Kategori