Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tiada Sijil Halal Jika...

WASPADA... Sijil Pengesahan Halal Malaysia tidak akan diberikan kepada mana-mana pemilik restoran yang...

5 Muka Baharu Dilantik...

GEORGE TOWN - Lima muka baharu dilantik menjadi Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri...

Kepakaran Perubatan Malaysia Setanding...

PUTRAJAYA - Kepakaran perubatan di Malaysia adalah setanding dan adakalanya lebih baik berbanding...

Cuaca Berjerebu Tidak Akan...

PETALING JAYA - Cuaca berjerebu dijangka berlaku hanya sementara waktu, menurut Jabatan Meteorologi.Pegawai...

Buruh Cederakan Anak Saudara & Anak Kandung Dijel

KUALA LUMPUR – Seorang buruh yang memukul anak saudara dan adik kandungnya sehingga mereka mengalami kecederaan, hari ini dihukum penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini.

Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali menjatuhi hukuman penjara sebulan bagi setiap pertuduhan terhadap Norazman Abdul Hamid, 52, dan memerintahkan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak bermula pada tarikh tangkap 17 Oktober lepas.

Bagi pertuduhan pertama, dia mengaku bersalah dengan sengaja mencederakan Fatin Aqilah Muhammad Cos, 19, yang bekerja sebagai jurujual, di bilik mandi di sebuah pangsapuri Taman Keramat, Hulu Langat, pada 8 malam, 16 Oktober lepas.

Lelaki itu turut mengaku bersalah dengan sengaja mencederakan adik kandungnya yang bekerja di sebuah kilang, Noraini Hamid @ Abdul Hamid, 48, di hadapan pintu masuk rumah yang sama pada masa dan tarikh sama.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, Norazman didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu, Norazman yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan dia menanggung dan menjaga kedua-dua mangsa.

“Saya mengaku kesalahan saya, tindakan yang dilakukan adalah di luar jangkaan saya. Saya yang menjaga mereka selepas suami kepada adik saya meninggalkan dia dan anaknya,” katanya.


Bagaimanapun,Timbalan Pendakwa Raya Nor Hashimah Hashim memohon hukuman penjara sebagai pengajaran kerana perbuatan yang dilakukan tertuduh adalah serius sehingga kedua-dua mangsa mengalami kecederaan dan trauma.

“Sepatutnya tertuduh yang melindungi dan bertanggungjawab ke atas kedua-dua mangsa sebaliknya tertuduh sendiri bertindak memukul mangsa,” katanya.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, Norazman telah bertanyakan Fatin Aqilah di mana botol air miliknya, dan apabila anak saudaranya itu menjawab tidak tahu, tertuduh terus mendapatkan mangsa yang ketika itu berada di bilik mandi lalu menolak serta memukul kepala sehingga mangsa mengalami bengkak dan lebam di dahi.

Noraini kemudian datang dan cuba memberi bantuan namun tertuduh telah menarik rambut adiknya itu sehingga terjatuh dan mengalami lebam serta bengkak pada bahagian siku kirinya.

Kedua-dua mangsa terus membuat laporan polis. – BERNAMA

Kategori