Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Video: Lelaki Pecah Tabung...

PUNCAK ALAM - Ibarat sudah profesional, seorang pencuri tabung surau dengan selamba menjadikan...

Video: Cubaan Rompak Bank...

TANAH MERAH - 'Malang' nasib seorang lelaki berusia 27 tahun apabila cubaannya untuk...

Kerajaan Selangor Perkenal Skim...

KUALA LUMPUR - Orang ramai yang mahu membeli rumah kos rendah di Selangor...

Anggota Parlimen Agar Berbahas...

KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari...

Butik Mohon Maaf, Harris Tetap Teruskan Saman

SABTU lalu, anak penyanyi Harris Baba, Aleena Ziya dimasukkan ke hospital akibat ditimpa dengan penutup lampu panas ketika berkunjung ke sebuah butik mewah di Mid Valley, Kuala Lumpur.

Baca: Butik Antarabangsa Cuai, Anak Harris Baba Melecur

Susulan kejadian itu, Harris dan isterinya, Nik Naziha Zawawi telah membuat keputusan untuk tetap mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak pengurusan butik berkenaan.

Menurut Harris, walaupun telah membuat permohonan maaf atas kejadian kelmarin, namun pasangan suami isteri itu masih ingin meneruskan tindakan undang-undang terhadap butik tesebut kerana kecuaian mereka.

“Ketika kejadian pengurus butik itu ada memohon maaf dan menawarkan untuk membayar bil perubatan anak saya tetapi itu bukan soalnya sekarang.

“Insiden itu jelas membuktikan penyelenggaraan tidak dilakukan dengan baik… Kerja pembaikan lampu pun tidak dapat dilakukan dengan betul apatah lagi bagi sebuah butik terkenal.

“Kejadian itu tidak sepatutnya berlaku dan saya tetap meneruskan tindakan undang-undang atas kecuaian sehingga menyebabkan anak saya cedera,” kata penyanyi lagu Katakan itu kepada mStar Online.

Dia menganggap tindakannya itu adalah sebagai pengajaran agar perkara seperti itu tidak lagi berlaku kerana ia merupakan kecuaian yang tidak boleh diterima.

Tambah penyanyi berusia 26 tahun itu, laporan polis sudah pun dibuat di Balai Polis Brickfields, Kuala Lumpur iaitu pada hari yang sama kejadian malang itu menimpa anaknya.


Ketika ditanya mengenai keadaan si kecil itu, Khawaja Mohammad Harris Baba atau Harris Baba, ketika kejadian, dia dan isteri terus mendapatkan rawatan di hospital terdekat namun doktor mengesahkan Aleena mengalami melecur tahap dua.

Keadaan Aleena juga makin beransur pulih dan parut di tangan dan dagu bayi itu dijangka hilang dalam masa dua bulan daripada sekarang.

“Alhamdulillah ia bukan melecur tahap tiga. Jika tidak parut itu akan berkekalan di wajah anak saya.

“Remuk hati saya melihat keadaan anak yang saya jaga dengan baik tetapi kerana kelalaian orang lain dia terpaksa menjadi mangsa.

“Mujur ia tidak terkena pada mata Aleena yang boleh menyebabkan kecacatan penglihatan,” tambahnya lagi.

Dalam masa sama, pihak mStar Online juga menghubungi butik tersebut namun mereka enggan mengulas mengenai kejadian itu dan turut mengatakan bahawa mereka masih menjalankan siasatan mengenai insiden itu. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori