Monday, December 2, 2024

Creating liberating content

Haflin Lancar Buku Sulung,...

KUALA LUMPUR - Isteri bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri...

Wartawan AS Dipenggal Kepala...

IRAQ – Seorang wartawan dari Amerika Syarikat, James Wright Foley, 40, telah dipenggal...

Datuk Vida Cadang Bida...

WOW, beruntungnya jadi anak Datuk Seri Vida! Masakan tidak, beliau sendiri mendedahkan bahawa dirinya...

Harga Minyak 29 Mac...

PUTRAJAYA – Harga runcit siling bahan bakar ditetapkan secara mingguan mulai 30 Mac...

Cap Dagangan: 28 Sen Sehari Sahaja, Kepentingan Terbela!

BARU-BARU ini kalau korang baca, seorang wanita di Kelantan berjaya ditangkap kerana ambil jalan mudah dengan meniru jenama telekung terkenal, Siti Khadijah untuk dibekalkan di pasar-pasar malam.

Selamba dia saja buat kerja menipu ni.

Yelah, siapa tak kenal jenama terkenal Siti Khadijah. Tetapi bayangkan segala jerit perih pengusahanya musnah begitu saja bila wanita yang baru berusia 25 tahun itu boleh ‘cilok’ nama jenama tersebut dan mengelirukan orang ramai dengan semudah memetik jari.

Modus operandi wanita berketurunan Kemboja tu macam ni.

Dia akan hantar telekung sembahyang cap Siti Khadijah yang tulen ke kilang di Vietnam dan setelah sebulan proses meniru itu siap, ia akan dihantar semula ke sini untuk dijual.

Pelanggan yang mati-mati ingat ia adalah telekung Siti Khadijah yang asli, kemudian terus membelinya.

Setiap sehelai telekung tiruan ini dijual antara RM100 hingga RM120 sahaja, sedangkan yang tulen dijual RM150 hingga RM250.

Melopong pengusaha Siti Khadijah dek permainan licik wanita muda berkenaan.

Namun sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

Dia berjaya ditahan di sebuah rumah di Kampung Bukit Besar, Jalan Pasir Panjang, Kelantan oleh sekumpulan pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri.

Sebanyak 100 helai telekung bernilai kira-kira RM12,000 turut dirampas.

Serbuan berkenaan turut disertai wakil daripada Siti Khadijah Apparel Sdn. Bhd. sendiri.

Mungkin wanita muda itu rasa dia dah cukup hebat, tetapi syarikat Siti Khadijah Apparel lebih hebat.

Nak tahu rahsianya, mereka awal-awal lagi dah daftar cap dagangan mereka dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Pada yang belum tahu, MyIPO adalah badan yang menjaga hak harta intelek pemilik berdaftar.

APA ITU CAP DAGANGAN?

Baik, sebelum pergi dengan lebih jauh, jom kita baca apa yang dimaksudkan dengan Cap Dagangan ini.

Cap Dagangan adalah apa-apa tanda yang dapat membezakan barangan dan perkhidmatan seseorang peniaga daripada peniaga-peniaga yang lain.

Ia termasuklah perkataan, logo, gambar, nama, huruf, nombor atau kombinasi daripada unsur-unsur tersebut.

Slogan juga merupakan Cap Dagangan.

Selain daripada Siti Khadijah yang disebut awal-awal tadi, contoh cap dagangan yang didaftarkan di MyIPO termasuklah jenama tudung Fareeda, Naelofar Hijab, Zawara, dUCkscarve, Maybank, PETRONAS dan lain-lain lagilah kalau nak disebut satu persatu.

Ada juga yang menyebut cap dagangan sebagai tanda niaga, jenama dan logo.

KEPENTINGAN PENDAFTARAN CAP DAGANGAN

Dalam perniagaan, sudah tentu kita nak pelanggan kita dapat membezakan produk atau perkhidmatan berbanding pesaing.

Dengan mendaftar Cap Dagangan, ia secara langsung menjadikannya asas untuk membina jenama dan reputasi syarikat.


Paling penting, ia memberikan hak eksklusif untuk menghalang orang lain daripada memasarkan produk yang serupa di bawah tanda Cap Dangangan yang sama.

Boleh bayang tak betapa kecewanya kita apabila produk yang kita punya dan bangunkan itu senang-senang saja digunakan oleh orang lain.

Ia sudah tentu bukan saja mengelirukan pengguna tetapi juga boleh merosakkan reputasi kita apatah lagi bila produk yang ditiru itu kualitinya sangat teruk!

TEMPOH PERLINDUNGAN

Sekali kau mendaftar, selama-lamanya perlindungan itu berjalan cuma setiap 10 tahun tu perbaharui semula Cap Dagangan korang tu.

KADAR BAYARAN

Kalau korang ingat benda ni mahal, aku rasa korang dah salah dapat info. Tak mahal bro. Korang hanya perlu bayar RM1,020 untuk 10 tahun.

Kalau kita congak, kadar ini akan jatuh kepada RM102 setahun atau RM8.25 sebulan.

Kesimpulannya ia cuma 28 sen sehari!

Apalah sangat kadar bayaran tu berbanding dengan faedah yang korang boleh nikmati.

Jangan hanya kerana ‘kemut’ nak keluar 28 sen sehari, korang hilang ‘kuasa dan bukti’ untuk dibawa ke peringkat perundangan bila ada pihak yang menyalahgunakan cap dagangan korang.

Kena ingat ye, pendaftaran harta intelek adalah berdasarkan ‘first to file’.

Bak kata Ramli Sarip, jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama, diambil orang!

Ada juga yang keluar kata-kata sinis kononnya kalau daftar pun bukannya MyIPO boleh ambil tindakan.

Kalau dilihat daripada segi jentera penguatkuasaan memanglah betul. MyIPO memang tak ada penguatkuasanya sendiri tetapi kena ingat, tugas itu akan dibuat oleh dan diurustadbir oleh Bahagian Penguatkuasa KPDNKK.

Jadi tak timbul isu tiada tindakan boleh diambil.

Untuk rekod, mana-mana pihak yang menjalankan perniagaan barangan tiruan atau cetak rompak boleh didakwa di bawah Akta Perihal Dagangan 1972 dan Akta Hakcipta 1987.

Jadi apa tunggu lagi. Jangan biarkan ‘lanun-lanun’ di luar itu bermaharajalela menggunakan Cap Dagangan korang sesuka hati.

Percayalah memang berbaloi kalau mendaftar Cap Dagangan korang dengan MyIPO.

Jangan dah terhantuk baru nak terngadah.

Tak kena tak apa, dah kena baru tahu langit tinggi rendah! – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • myipo

Kategori