Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pengagihan Kerusi Dilakukan Ikut...

SHAH ALAM - Pengagihan kerusi dalam kalangan parti Pakatan Harapan dan Parti Pribumi...

Pemberian ‘Golden Handshake’ RM2.6...

PETALING JAYA - Tindakan akan diambil sekiranya pembayaran pampasan atau 'golden handshake' bernilai...

MB Perak Nafi Laporan...

SITIAWAN - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir hari ini...

Pelik Adib Hanya Cedera...

ADA beberapa faktor boleh menyebabkan kecederaan pada bahagian dada anggota bomba, Muhammad Adib...

Cara Unik Buka Bungkusan Makanan Dengan Mudah!

MEMANG tidak dinafikan, korang mesti pernah mengalami satu keadaan di mana sukar untuk membuka bungkusan atau pembalut makanan kan?

Haaa… Jangan risau. Kami ada jalan penyelesaian untuk masalah korang!

Jabatan Polis Metropolitan Tokyo di Jepun, memberikan satu jalan penyelesaian kepada permasalahan ini dengan cara menggunakan dua keping duit syiling.

Ehhh… Biar betul? Macam tak percaya jer…

Secara umumnya, setiap reka bentuk bungkusan makanan ringan di negara berkenaan mempunyai belahan kecil di atas setiap pembalut.

Secara tidak langsung, penggunaaan syiling tersebut akan membantu bagi memudahkan proses membuka bungkusan makanan tersebut.

Hmmm… Tak tahu macam mana caranya? Mudah sahaja… Mari ikuti tip menarik di bawah ini!

Mula-mula, anda perlulah meletakkan kedua-dua syiling itu secara posisi bersebelahan tetapi berlainan tempat. Satu pada bahagian atas manakala yang lagi satu pada bahagian bawah.

Kemudian, tarik salah satu syiling itu ke arah anda sehingga bungkusan tersebut terkoyak dan terbuka.


Oh ya… Korang boleh mendapatkan hasil terbaik sekiranya cara ini digunakan pada bahagian kemasan yang sememangnya sudah ada kesan koyak kecil pada bungkusan.

Kebiasaannya, koyak kecil itu boleh didapati pada bahagian atas pembungkus makanan.

Bagaimanapun, jangan khuatir sebab sebenarnya cara ini boleh aje digunakan pada mana-mana bahagian kemasan pembungkus makanan.

Haaaa… Senang je kan? Tak payah susah-susah nak kena guna gigi  ke, gunting ke dan sebagainya.

Difahamkan, cara ini dicipta bagi memudahkan dan membantu mereka yang dalam keadaan darurat.

Ye la kan… Kalau dah darurat memang tak boleh nak buat apa, kita hanya bergantung kepada apa yang ada sahaja. Tak ke macam tu?

Apa-apa pun, selamat mencuba ya! – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori