Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Ya Allah, KepadaMu Ku...

Berkat doa, istiqamah dan sabar selama 7 tahun, pada hari ini ,Mahkamah Persekutuan...

Hujan Lebat, Angin Kencang...

IPOH - Hujan lebat serta angin kencang yang melanda Bandaraya Ipoh menyebabkan beberapa...

Budak Mati Lemas Bukan...

GAMBAR mayat seorang kanak-kanak perempuan yang didakwa telah dirogol sehingga mati dan dicampak...

Gempa Bumi Kuat Di...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter berlaku di...

CEO MRT, CFO MAB Disebut Bakal Ganti Bellew

KUALA LUMPUR – Spekulasi mula berputar mengenai siapa yang bakal mengambil alih syarikat penerbangan Malaysia Airlines Berhad (MAB) berikutan berita perletakan jawatan CEOnya, Peter Bellew, yang merancang untuk menyertai semula Ryanair.

Menurut New Straits Times, Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit (MRT) Corp., Shahril Mokhtar dan ketua pegawai kewangan Malaysia Airlines, Omar Siddiq Amin Noer Rashid dikatakan sebagai antara pesaing utama untuk jawatan itu.

Shahril, yang pertama kali dikhabarkan sebagai calon utama untuk jawatan itu selepas Christoph Mueller meninggalkan MAB pada April tahun lalu, merupakan pengarah urusan kumpulan Prasarana Malaysia Bhd. dari September 2010 hingga 1 Januari 2015.

Sebelum itu, beliau berkhidmat sebagai ketua pegawai operasi bagi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan pengurus besar perancangan korporat di RapidKL.

Semasa berkhidmat dalam jawatan itu, beliau dilantik sebagai penasihat Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri di mana beliau terlibat dalam merangka Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Beliau kini pengarah Prasarana dan MyHSR (High Speed ​​Rail) Corp.

Sementara itu, Omar Siddiq merupakan ketua pegawai kewangan Malaysia Airlines sejak Januari 2016. Beliau juga memegang jawatan pengarah eksekutif sejak September 2015.

Sebelum itu, beliau bertugas sebagai pengarah pelaburan di Khazanah Nasional Bhd. dan pernah berkhidmat sebagai pengarah dalam perbankan pelaburan di CIMB Investment Bank Bhd.

Dari April 2009 hingga Februari 2010, beliau merupakan pengarah bukan bebas bukan eksekutif UEM Land Holdings Bhd.


Beliau telah menjadi pengarah Bandar Nusajaya Development Sdn. Bhd. sejak April 2009.

Beliau juga sebelum ini dengan PricewaterhouseCoopers, berkhidmat pada tahun 2005 sebagai pengarah eksekutif di bahagian kewangan korporatnya.

Dalam satu pengumuman mengejut semalam, Ryanair menyatakan Bellew akan meninggalkan Malaysia Airlines selepas lebih setahun bertugas.

Apabila kembali ke syarikat penerbangan Ireland itu, Bellew akan bertindak sebagai ketua pegawai operasi dengan tanggungjawab khusus untuk membantu menangani masalah kakitangan yang membawa kepada beribu-ribu pembatalan penerbangan.

Bellew bertugas sebagai pengarah operasi penerbangan sebelum meninggalkan Ryanair pada tahun 2014.

Beliau menyertai Malaysia Airlines sebagai ketua pegawai operasi pada September 2015 dan mengambil alih stugas ebagai ketua eksekutif pada bulan Julai tahun lepas. – MYNEWSHUB.CC

Kategori