Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kanak-Kanak Terpaksa Naik Kuda...

GUANGGXI, China – Demi mendapatkan ilmu, tiga kanak-kanak berusia lapan tahun terpaksa menunggang...

Gangguan Bekalan Air Di...

KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Gombak akan mengalami gangguan...

Lim Sekali Lagi Undang...

GEORGE TOWN - Ketua Menteri Lim Guan Eng sekali lagi mengundang Pengerusi Lembaga...

Lebih Sejuta Rakyat Berisiko...

PUTRAJAYA - Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari...

CEO Qantas Airways, Gay Paling Berpengaruh Di Dunia

PERTH – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Qantas Airways, Alan Joyce diumum sebagai individu homoseksual paling berpengaruh di dunia bagi tahun ini.

Pengistiharaan itu dibuat menerusi laman OUTstanding, iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di peringkat antarabangsa yang menyokong gerakan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

Memetik laporan Financial Times, Joyce yang telah mengetuai Qantas sejak 2008 merupakan salah seorang daripada beberapa ikon dunia yang disenarai pendek dalam senarai terbabit.

Senarai yang kini memasuki tahun ke lima itu dipilih berdasarkan pencapaian dan reputasi individu, selain faktor pengamalan ‘kualiti’ budaya LGBT di tempat kerja.

Sementara itu, berada di tempat kedua dalam carta ikon LGBT itu adalah Stacey Friedman, penasihat kanan syarikat gergasi kewangan, JPMorgan Chase & Co.

Ketua pegawai syarikat penerbangan Australia itu mengaku sebagai seorang pengamal seks songsang dan hasrat untuk memperjuangkan hak sama rata merupakan falsafah peribadi dalam perniagaanya.


Menurutnya, kecenderungan seksnya tidak pernah menjadi rahsia di syarikatnya sejak mendedahkan perkara itu kepada umum pada 2012.

“Saya bangga menjadi gay dan saya merupakan salah seorang penyokong kempen perkahwinan sesama jantina di Australian,” katanya.

Mei lalu, beliau sewaktu berucap di sebuah majlis yang diadakan di Bandar Perth telah dicemari dengan insiden memalukan, apabila mukanya dilumurkan dengan pai krim daripada seorang lelaki.

Insiden itu dipercayai berpunca akibat tindakannya yang menyeru orang ramai menerima amalan budaya perkahwinan sama jenis pada majlis berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori