Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Penganjur Biadab, Afgan Disabotaj...

SIAPA tak mengenali penyanyi berkaca mata berasal dari negara seberang yang berlesung pipit...

Johor Bakal Kuat Kuasa...

JOHOR BAHRU - Johor dijangka menguatkuasakan undang-undang yang mencegah dan menyekat penyalahgunaan lambang,...

Nabil Rasa Insaf Tidak...

PELUANG menjadi hos acara karpet merah pada Anugerah Akademi ke-89 di Hollywood menjadikan...

Atlet Sukma Maut Terkena...

Seremban: Atlet Silat Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu Wan Muhammad Haikal Wan Hussin meninggal...

Cuba Langgar Kenderaan Polis, Penganggur Dijel

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang lelaki yang enggan memberhentikan kenderaan untuk pemeriksaan polis bahkan cuba melanggar dan bergelut dengan anggota polis untuk melarikan diri membawa padah apabila dia dipenjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini.

Majistret Haslinda A. Raof menjatuhkan hukuman itu ke atas Faisal Dzulkifli, 34, seorang penganggur selepas tertuduh mengaku bersalah dengan sengaja menghalang penjawat awam menjalankan tugasnya iaitu tidak memberhentikan kenderaan bagi tujuan pemeriksaan dan telah melarikan diri ketika anggota polis peronda Mpv hendak membuat pemeriksaan.

Dia melakukan kesalahan itu di Jalan Medan Bukit Permai 2, Pandan Indah, di sini pada 11.50 pagi, 12 Okt lepas mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya.

Lelaki itu turut dipenjara enam bulan kerana memiliki kad pengenalan milik orang lain iaitu Mohd Razman Salleh, 38, yang bukan kepunyaannya pada waktu, tarikh dan tempat sama.

Pertuduhan itu dikemukakan di bawah Peraturan 25 (1) (o) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani kedua-dua hukuman penjara itu secara serentak bermula dari tarikh dia ditangkap pada 12 Okt lepas.

Mengikut fakta kes, semasa anggota polis sedang membuat rondaan telah melihat tertuduh dan seorang lagi individu menaiki sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan.


Anggota polis kemudian menyalakan lampu dan menggunakan pembesar suara lalu mengarahkan tertuduh dan rakannya memberhentikan kenderaan namun mereka tidak mempedulikan dan terus bertindak agresif memecut kenderaan dan cuba melanggar kenderaan polis.

Tidak lama kemudian kedua-dua suspek telah memberhentikan kenderaan di tepi jalan dan melarikan diri ke sebuah tempat parking kenderaan dalam bangunan dan berlaku kejar-mengejar dan pergelutan sebelum tertuduh berjaya ditahan namun seorang lagi individu berjaya melarikan diri.

Ketika rayuan tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman penjara minimum namun Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abdul Razak memohon hukuman berat mengambil kira tindakan tertuduh yang agresif dan bergelut dengan anggota polis bukan sahaja menghalang tugas polis tetapi boleh mendatangkan kecederaan. – BERNAMA

Kategori