Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Sistem Awas & kejara...

KUALA LUMPUR - Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) dan Sistem Pemberian Mata Demerit...

Remaja Ditahan Selepas 30...

SHAH ALAM - Polis menahan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun dan menjumpai...

Tiada Arahan Peniaga Bazar...

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) tiada mengeluarkan sebarang arahan atau ketetapan supaya...

Akaun Instagram Zul Ariffin...

BARU saja terpalit dengan kontroversi berhubung foto-foto seksinya di laman sosial, kini Instagram...

Daerah Seni P.Pinang Koleksi Terbesar Galeri Seni

GEORGE TOWN – Pelan induk penubuhan Daerah Seni Pulau Pinang (PAD) telah diserahkan kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) ​​​​​untuk mendapatkan kelulusan, bulan lepas, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Beliau berkata kerajaan negeri akan menyediakan peruntukan RM30 juta untuk menubuhkan PAD di kawasan seluas 3.72 hektar di Gat Lebuh Macallum serta Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, dan syarikat berpangkalan di negeri ini, BYG Architecture Sdn Bhd dilantik sebagai pereka utama PAD itu.

“Bagi menggambarkan warisan perdagangan dan maritim Pulau Pinang, konsep kontena akan digunakan di ruang seluas 100,000 kaki persegi daripada daerah seni ini.

“Dengan estetika bandar dan moden, konsep kontena dan gaya modular ini juga membolehkan fleksibiliti dan peluang yang lebih besar bagi tempat ini berkembang sesuai dengan masa, di samping perkembangan komuniti seni di Pulau Pinang,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah PAD Tony Pua.

Lim berkata PAD akan menempatkan koleksi tunggal terbesar galeri seni, muzium budaya, ruang pameran, studio seni dan muzik serta sekolah dan bengkel seni di Malaysia.

Sementara itu, Pua berkata pihak PAD bersama-sama BYG Architecture akan mengadakan dialog dan perbincangan dengan pelbagai pihak berkepentingan dalam kalangan komuniti seni tempatan dalam memenuhi keperluan mereka sebelum perancangan penubuhannya dikemukakan kepada MBPP pada Disember ini.


“Kita meminta penyertaan daripada pelbagai pihak bagi menjadikan tempat ini mencapai matlamatnya. Kita mahu daerah seni ini mampu memenuhi keperluan mereka. Tidak ada gunanya membina kawasan ini, dan kemudian mereka menyatakan tempat ini tidak sesuai untuk mereka,” katanya.

Terdapat tiga sesi bagi kumpulan berbeza di Pulau Pinang, iaitu artis dan komuniti seni visual pada 25 Okt; galeri dan persatuan/badan bukan kerajaan (NGO) seni (26 Okt) dan komuniti seni persembahan (10 Nov), yang akan diadakan di Penang House of Music di Komtar, katanya.

Pua berkata satu sesi berasingan juga akan diadakan di Kuala Lumpur pada 2 Nov di Next Academy, Glomac Damansara, untuk melibatkan penyertaan komuniti seni yang berminat luar dari Pulau Pinang.

Mereka yang berminat boleh mendaftar di laman web PAD di www.penangartsdistrict.com atau menghubungi Stephanie Kee di [email protected] atau talian 04-2616161. – BERNAMA

Kategori