MUNGKIN mahu tutup aib Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang dikutuk netizen, DAP membuat lawak apabila mendakwa dia wajar diangkat sebagai model golongan muda Melayu masa kini.
Jenaka tersebut diluahkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang berkata kononnya Syed Saddiq wajar menjadi model pemuda Melayu supaya Malaysia menjadi sebuah negara berbilang bangsa dan agama yang progresif.
“Syed Saddiq sebagai Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), sepatutnya menjadi model untuk golongan Melayu muda mencapai impian Malaysia.
“Malah berpotensi menjadi anggota Kabinet paling muda selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (jika pembangkang menang),” dalih Kit Siang dalam satu kenyataan media di ibu negara hari ini.
Syed Saddiq yang pernah dinobatkan sebagai Pendebat Terbaik Asia menganggotai PPBM apabila parti itu ditubuhkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Baca: Gempar Syed Saddiq Jadi Bahan Jenaka Netizen
PPBM kemudian menyertai gabungan parti pembangkang Pakatan Harapan yang dibarisi oleh DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN)
Syed Saddiq bagaimanapun kini terpalit dengan kontroversi beliau sebenarnya seorang pemuda yang suka berparti liar dan sering berpesta di kelab-kelab malam.
Beberapa gambar mirip Syed Saddiq yang didakwa berpesta liar di sebuah kelab malam sewaktu mengikuti program debat di Manila, Filipina turut tersebar di media sosial.
Syed Saddiq pada satu sidang media semalam mengakui dia `tidak boleh tidur malam’ memandangkan beberapa keping gambar yang menjejaskan maruahnya sedang tersebar.
Dia bagaimanapun enggan mendedahkan gambar tersebut, malah tidak menjawab soalan pemberita secara jelas sama ada ia gambar berunsur lucah membabitkan dirinya.
“Saya tidak boleh dedahkan semua perkara, ia bukan ugutan bunuh atau ugutan pukul, lebih kepada isu peribadi,” dalih beliau cuba menukar kepada topik lain. – Mynewshub.cc