Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Bekas CEO 1MDB Ke...

KUALA LUMPUR - Bekas ketua pegawai eksekutif dan pengarah 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim...

Perintah Berkurung Di Esszone...

KOTA KINABALU - Perintah berkurung di kawasan perairan di tujuh daerah di Zon...

Seram! Budak Menangis Lihat...

SIAPA yang tidak terkejut apabila melihat buaian bergerak sendiri. Itu yang terjadi kepada...

Mahasiswa Jangan Terpedaya Pelaburan...

KUALA LUMPUR - Mahasiswa diminta tidak terpedaya dan mengambil risiko tinggi dengan membuat...

DAP Gesa Zamihan Mohon Maaf Sebut Kristian Kafir

KUALA LUMPUR – Wakil rakyat DAP mahu Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja), Dr. Zamihan Mat Zin meminta maaf kepada penganut Kristian di Malaysia kerana memanggil mereka sebagai kafir.

Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng berkata, Zamihan turut diminta supayua memohon maaf kepada aktivis propembangkang Siti Kassim kerana melabel wanita itu sebagai murtad sebelum ini.

“Zamihan juga mesti memohon maaf kepada masyarakat Cina kerana menuduh mereka pengotor,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Lip Eng berkata, permohonan maaf tu bagi membuktikan bahawa Zamihan benar-benar rasa bersalah dengan ceramahnya yang bersifat rasis dan biadab terhadap rakyat Malaysia dalam isu dobi khas untuk muslim di Muar, Johor.

Kata beliau, jika tidak permohonan maaf Zamihan kepada Sultan Johor dan Sultan Selangor baru-baru ini menunjukkan beliau seorang pengecut yang terkinja-kinja memohon maaf kepada Raja-Raja kerana takut dikenakan tindakan.


“Adakah beliau kesal dengan ceramah yang mengandungi perkataan bersifat rasis, kurang adab dan kritikan melampau terhadap institusi raja-raja Melayu?

“Atau adakah beliau semata-mata memohon maaf kerana takut dipenjarakan? Adakah Zamihan benar-benar menyesal? Jika ya, Zamihan mesti memohon maaf,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori