Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Sultan Kelantan Tarik Balik...

KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V perkenan Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan...

Gagal PRN Selangor, LKS...

MUNGKIN kecewa setelah cadangan buat Pilihan Raya Negeri (PRN) awal di Selangor ditolak...

Monyet Pandai Selfie Gagal...

ADILKAH? Naruto, seekor monyet yang popular kerana pandai mengambil gambar selfienya sendiri  tidak...

Arsene Wenger Kekal 2...

MASA depan bos Arsenal, Arsene Wenger hanya akan diketahui lewat Selasa selepas mesyuarat lembaga...

DAP Minta Hentikan Politik Kaum, Agama

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang meminta UMNO supaya tidak lagi menyebut partinya parti anti-Islam dan anti-Melayu.

Beliau mendakwa dirinya tidak pernah pun menyebut UMNO anti-China atau anti-Kristian selama 52 tahun berkecimpung dalam politik.

“Marilah semua pemimpin politik menjadi contoh dengan tidak membuat tuduhan keatas parti lawan anti-Melayu atau anti-Islam.

“Kepentingan negara akan terancam dengan politik kaum dan agama,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kit Siang seterusnya mendakwa sebenarnya tiada pihak anti-Islam, anti-Melayu atau anti mana-mana agama kaum atau agama di negara ini.

Katanya, beliau yang kini berusia 76 tahun melihat solidariti rakyat Malaysia selama ini melampaui bangsa dan agama mereka.


Ironinya, banyak tindakan dan kenyataan-kenyataan oleh pemimpin DAP yang selama ini berbaur anti-Islam dan Melayu.

Sebagai contoh, DAP dan sekutunya Parti Keadilan Rakyat (PKR) merupakan penentang kuat kepada usaha memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah.

Beberapa kenyataan pemimpin DAP yang menegaskan Malaysia bukan sebuah negara Islam turut mendorong kepada persepsi bahawa parti itu anti-Islam. – MYNEWSHUB.CC

Kategori