Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Buruh Didakwa Lakukan Amang...

Alor Setar : Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini,...

Isteri Kedua Adi Putra...

TIDAK mahu orang ramai terus membuat spekulasi, isteri kedua Adi Putra, Norshahida Zolkifly,...

Polis Tahan 2 Beradik...

MARANG - Dua beradik lelaki diberkas bersama sejumlah dadah dan mercun bola dalam...

PATI Sanggup Sembunyi Celah...

MADRID - Seorang lelaki menyangka dapat menyelinap masuk ke Eropah dengan meringkuk dalam...

DAP Sambut Baik Kelulusan `Pesta Arak’ Di Selangor

KUALA LUMPUR – Pemuda DAP Selangor menyambut baik keputusan kerajaan PKR Selangor meluluskan penganjuranan Festival Makanan dan Minuman Jerman (German F&B Festival) yang dianggap oleh ramai pihak sebagai satu pesta arak.

Berikutan kelulusan oleh kerajaan PKR Selangor itu, Ketua Pemuda DAP Selangor, Teh Hoong Keat meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak profesional dalam memberi pertimbangan dan kelulusan kepada penganjuran festival tersebut selaras dengan konsep demokrasi di negara ini.

“Pemuda DAP Selangor akan terus mempertahankan hak demokratik. Pemuda DAP Selangor melihat tindakan kerajaan Selangor melalui melalui Majlis Perbandaran Klang (MPK) sebagai salah satu usaha dalam mempertahankan hak kepelbagaian kebudayaan masyarakat pelbagai kaum negeri ini.

“Sudah tentu, toleransi sedemikian memainkan peranan yang besar dalam membentuk masyarakat yang hidup harmoni,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Hoong Keat dalam pada itu berkata, tindakan Pemuda PPBM melancarkan petisyen “Hapus Pesta Arak di Selangor” merupakan pendirian parti kecil tersebut sendiri dan bukanlah pendirian bersama Pakatan Harapan.


Pakatan Harapan dibarisi oleh DAP, PKR PPBM dan parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara (PAN) – MYNEWSHUB.CC

Kategori