Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Russia, Turki Setuju Wujud...

SOCHI - Pemimpin Turki dan Russia dilaporkan bersetuju untuk mewujudkan zon bebas tentera...

Fathia Latif Nafi Sudah...

TAHUN ini, ramai artis wanita tanah air sudah mula bertudung. Bukan hanya itu...

Bajet 2017 Akan Utamakan...

SUNGAI PETANI - Pembentangan Bajet 2017 yang dijadualkan pada akhir bulan ini akan...

Penasihat Umum PAN Dakwa...

KUALA LUMPUR - Penasihat Umum Parti Amanah Negara (PAN), Ahmad Awang mendakwa beliau...

Datuk Jalaluddin Hassan Nafi Nikah 25 November

SEBELUM ini Datuk Jalaluddin Hassan ada menyuarakan niatnya untuk mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita yang dikenalinya melalui Facebook.

Namun, pelakon berusia 63 tahun itu menafikan khabar angin kononnya dia bakal melangsungkan majlis pada 25 November ini.

Baca: Datuk Jalaluddin Hassan Bakal Naik Pelamin

“Saya akan berbincang dengan keluarga saya dan keluarga bakal isteri. Jika sudah ada tarikh, saya akan beritahu pada media dan jemput anda semua datang ke majlis saya nanti,” katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Bagi Jalaluddin, ikutkan hatinya dia mahu mengadakan majlis pernikahan pada 25 Disember yang mana merupakan tarikh dia dan arwah isterinya, Datin Hasimah Mat Ehsan melangsungkan perkahwinan kira-kira 40 tahun yang lalu.

“Tarikh itu terlalu istimewa buat saya, tetapi ramai yang menasihatkan saya jangan buat (menikah) pada tarikh sama.

“Ada baiknya juga pandangan mereka itu, jadi saya akan cari tarikh lain,” tambahnya lagi.

Perkenalan bersama dengan wanita yang dikenali sebagai YR itu merupakan bertemuan tanpa disangka kerana hanya bermula dengan ucapan ‘selamat berpuasa’ pada Ramadhan yang lalu.

Itulah yang dikatakan, ajal, maut, jodoh dan pertemuah semuanya di tangan Tuhan.


“Saya dapati ciri-ciri arwah isteri ada padanya. Selepas bernikah nanti saya mahu dia tinggal di kediaman saya sekarang. Saya tidak boleh berpisah dengan anak dan cucu.

“Saya mahu suasana seperti dulu di mana sentiasa ada majlis keramaian di rumah dan kaum keluarga selalu berkumpul,” katanya yang sangat merindui suasana berkumpul bersama keluarga.

Mudah-mudahan semua perancangan yang dilakukan itu akan dipermudahkan. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

*Video sekadar hiasan…

Kategori