Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Rampas Dadah, 7 Ditahan...

JOHOR BAHARU – Polis menahan lima pengunjung berserta seorang pengurus dan seorang penyelia...

Denda RM10,000 Merokok Di...

KUALA LUMPUR - Tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap perokok yang ingkar akan larangan merokok...

“Hentikan Tohmahan, Ibu Saudara...

“SAYA harap tohmahan ini segera dihentikan kerana ibu saudara saya tidak bersalah, bukan...

Filipina Akan Imbangi Dagangan...

KUALA LUMPUR - Filipina menyasar untuk mengimbangi perdagangan dua hala dengan Malaysia tahun...

Demi Palestin, Fatah-Hamas Meterai Damai

KAHERAH – Pergerakan Hamas dan kumpulan Fatah yang sebelum ini bermusuhan akhirnya menandatangani perjanjian dalam usaha menamatkan permusuhan selama sedekad di Palestin.

Perjanjian bersejarah itu dimeterai di ibu negara Mesir semalam, menurut laporan media antarabangsa, sekali gus turut mengejutkan musuh utama Palestin, rejim Israel yang sentiasa memastikan dua pihak itu bertelagah.

Di bawah perjanjian damai tersebut, Pihak Berkuasa Palestin yang kini memimpin Fatah di Tebing Barat, akan menguasai sepenuhnya wilayah genting Gaza mulai 1 Disember depan yang kini dikuasai oleh Hamas.

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, turut mengalu-alukan perjanjian damai tersebut sebagai “perjanjian muktamad untuk menyelesaikan perpecahan” dalam kalangan rakyat Palestin sendiri sejak sekian lama berlarutan.

Perjanjian bersejarah tersebut telah ditandatangani oleh Timbalan Ketua Hamas, Salah al-Aruri, dan Ketua Delegasi Fatah, Azzam al-Ahmad di Kaherah dalam keadaaan keselamatan yang dikawal ketat.

Dalam ulasan kepada pihak media, Azzam menceritakan arahan diterimanya daripada Mahmoud: “Arahan Presiden Abu Mazen (nama lain Mahmoud) ialah kami tidak boleh balik sehinggalah kami capai satu perjanjian.

“Kita harus menutup bab perpecahan ini selama-lamanya dan menuju ke arah perpaduan. Orang Palestin kini mesti kembali dengan semua kuasanya dan mesti bekerja ke arah ini (perpaduan).

“Fatah dan Hamas… Demi merealisasikan impian Palestin menamatkan penjajahan hina (Israel), dan mencapai penubuhan sebuah negara Palestin diperintah secara bebas, dengan Baitulmaqdis sebagai ibu kotanya.”

Pertemuan di Kaherah itu berlangsung di ibu pejabat perkhidmatan perisikan Mesir. Kini, kedua-dua pihak tersebut akan mengadakan satu lagi rundingan susulan bagi membentuk sebuah pemerintah campuran.

Pelbagai pergerakan politik Palestin akan diundang menyertai satu lagi mesyuarat di Kaherah pada 21 November ini. Selepas berita baik itu diumumkan, orang ramai di carikan Gaza keluar di jalanan bersorak kegembiraan.


Para penduduk turut megah mengibar-ngibar bendera-bendera Palestin, Hamas, Fatah dan Mesir. Media juga melaporkan manisan diedarkan dalam sambutan sempena meraikan perjanjian itu di kota Gaza.

Ini kerana beberapa sekatan yang dikenakan oleh Penguasa Palestin terhadap Gaza selama ini juga akan ditarik balik, menurut seorang pegawai Fatah yang dihubungi agensi berita antarabangsa AFP.

Di bawah perjanjian itu juga, sekitar 3,000 anggota pasukan polis Penguasa Palestin yang kini berpangkalan di Tebing Barat, akan dikerahkan ke Gaza bagi mengawal keadaan dan ketenteraman awam.

Beberapa bulan lalu, semasa kedua-dua pihak masih bercakaran, Mahmoud menghukum penduduk Gaza dengan mengurangkan bekalan elektrik ke wilayah itu, sehingga menyebabkan bandar itu kegelapan.

Sebelum pemeteraian perjanjian itu, ketua pergerakan Hamas di Palestin, Ismail Haniyeh turut mengumumkan bahawa pihaknya dan pihak Mahmoud berjaya mencapai satu persetujuan damai.

Perkara menggembirakan tersebut dimaklumkan oleh pembantu Ismail sendiri, Taher al-Nouno, dalam satu mesej teks balasan yang dihantar kepada pemberita dari pejabat pentadbirannya di Gaza.

Sungguhpun berita terbaharu ini dijangka disambut baik oleh negara-negara Arab khususnya yang berpecah ekoran krisis diplomatik dengan Qatar, masih ada isu-isu domestik yang belum diselesaikan sepenuhnya.

Antaranya termasuklah apakah nasib cabang tentera Hamas, iaitu Briged Ezzedine al-Qassam selepas ini? Briged tersebut mempunyai kekuatan 25,000 anggota. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori