Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

GHB Gerakan Munafik Pecah...

KUALA LUMPUR - Gerakan Harapan Baru (GHB) ibarat kerajaan Rom yang pernah 'mendalangi'...

Tiada Reaksi Negatif Terhadap...

LUMUT - Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengambil pendekatan...

Hampir Seluruh Daerah Zon...

KUALA LUMPUR - Hampir seluruh daerah di Semenanjung kini berstatus zon merah dan...

RM10 Juta Bangun Pasar...

MELAKA - Kerajaan negeri Melaka telah memperuntukkan kira-kira RM10 juta bagi membangunkan Pasar...

Demi Telefon Bimbit, Wanita Mahu Terjun Tasik

BOLEH dikatakan zaman milenium kini manusia seakan-akan tidak boleh hidup tanpa gajet pintar bernama telefon bimbit.

Jika ke mana-mana sahaja pasti gajet kecil itu akan dibawa. Mungkin kerana fungsinya yang pelbagai menjadi penyebab manusia sentiasa ‘melekat’ dengan peranti mudah alih itu.

Disebabkan itu jugalah seorang wanita di China sanggup untuk terjun ke dalam tasik demi menyelamatkan telefon bimbitnya yang terjatuh di Tasik Erhai, Yunnan.

Namun, nasib menyebelahinya apabila ramai yang membantu menghalang perbuatan wanita tersebut yang membahayakan dirinya sendiri.

Mana tidaknya, wanita yang bernama Liu itu bertindak untuk terjun ke dalam tasik tersebut dari sebuah kapal persiaran yang sedang belayar.

Menurut portalĀ Daily Mail, wanita tersebut dirakamkan menjerit-jerit dan berkeras untuk menyelamatkan telefonnya itu.

“Pekerja syarikat kapal persiaran telah cuba membantu mencari telefon bimbit wanita itu, tapi gagal dijumpai,” kata seorang saksi dipetik Daily Mail.


Kegagalan tersebut membuatkan Liu meronta-ronta untuk terjun ke dalam tasik berkenaan dan berusaha mencari telefonnya.

Khabarnya, Liu bersama dua rakannya sedang bercuti ketika itu. Kejadian dilaporkan berlaku pada 14 Oktober lalu.

Menurut pengurusan Dali Tourism Group, wanita itu dilihat sedang asyik mengambil gambar dengan telefonnya di dek keempat kapal persiaran tersebut sebelum telefon itu terjatuh dengan tidak sengaja.

Mereka juga menyatakan turut menghantar Liu semula ke pangkalan demi keselamatannya.Ā Dilaporkan pekerja syarikat kapal persiaran itu ada beberapa kali mencuba untuk mencari alat komunikasi itu.

Namun, disebabkan kedalaman tasik sehingga tujuh meter dalam serta keadaan air yang agak keruh, pencarian itu gagal. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Kategori