Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

2 Kematian, 108 Discaj,...

PUTRAJAYA - Dua kematian berkaitan jangkitan koronavirus baharu (Covid-19) dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan...

Kementerian Jelaskan Sebab Penutupan...

MIRI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini mengesahkan...

Perdana Menteri Ziarah Haron...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menziarah Mursyidul...

Pasangan Kekasih Didakwa Bunuh...

BUKIT MERTAJAM - Pasangan kekasih dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini...

DFTZ: Eksport PKS RM162.9 Bilion Pada 2025

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) – Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) dijangka mewujudkan 60,000 peluang pekerjaan dan menggandakan eksport Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) kepada RM162.9 bilion menjelang 2025.

Menurut Laporan Ekonomi 2017/2018 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan hari ini, DFTZ juga dijangka meningkatkan sumbangan PKS kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melebihi 60 peratus pada tahun tersebut.

Ia turut menyasarkan untuk menarik 1,500 PKS menjelang akhir tahun ini dan 8,000 PKS tahun depan bagi menyertai platform berkenaan.

“DFTZ akan memudahkan PKS mengeksport produk ke peringkat global dan menyediakan pemain pasaran dengan persekitaran perdagangan eDagang yang holistik.” kata laporan itu.

DFTZ, yang penubuhannya diumumkan pada 22 Mac lepas, merupakan zon perdagangan bebas digital pertama dunia di luar China di bawah inisiatif Pelan Hala Tuju Strategik eDagang Kebangsaan.

Menurut laporan itu, DFTZ terdiri daripada tiga komponen yang menggabungkan zon fizikal dan zon maya dengan zon fizikal terdiri daripada Hab eFulfilment dan Hab Perkhidmatan Satelit manakala platform ePerkhidmatan pula berfungsi sebagai zon maya.

Hab eFulfilment akan membantu PKS mengeksport produk dengan cekap melalui bantuan penyedia perkhidmatan ‘fulfilment’ terkemuka.


Hab itu, yang dijangka beroperasi pada suku keempat tahun ini, terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Aeropolis dan berfungsi sebagai penyedia kemudahan strategik meliputi pelepasan kastam, pergudangan dan logistik.

Ia juga dilengkapi dengan teknologi terkini menyediakan kemudahan penyusunan rak dan pembungkusan seterusnya membantu mempercepatkan proses eksport dan import.

Kuala Lumpur Internet City yang menempatkan Hab Perkhidmatan Satelit akan beroperasi sebagai hab digital bagi syarikat berkaitan Internet tempatan dan global, memudah cara sokongan menyeluruh, menyediakan rangkaian dan perkongsian pengetahuan bagi industri eDagang.

“Hab tersebut juga menyediakan kemudahan seperti pejabat dan ruang kerja, ruang pameran secara fizikal dan dalam talian, pusat latihan dan ruang terbuka untuk aktiviti komuniti,” kata laporan itu.

Platform ePerkhidmatan pula akan melengkapi inisiatif Hab eFulfilment dan Hab Perkhidmatan Satelit dengan menghubungkan pembekal perkhidmatan perniagaan yang inovatif dengan perkhidmatan kerajaan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • DFTZ

Kategori