Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PKR Dakwa Kenyataan Wan...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa kononnya kenyataan Presidennya, Datuk Seri...

Harga Jalur Lebar Mahal...

KUALA LUMPUR - Kelajuan yang rendah dan harga jalur lebar yang tinggi merupakan...

Durian Malaysia Bebas Pewarna...

GEORGETOWN - Kementerian Pelancongan memberi jaminan buah durian dari Malaysia yang ditawarkan kepada...

Wanita Terjatuh Longkang Ditemui...

JOHOR BAHRU - Operasi mencari dan menyelamat wanita yang terjatuh ke dalam longkang...

Ditahan 48 Jam Selepas Disyaki Pecah Masuk Rumah

KUALA LUMPUR – Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terbabit kes memecah masuk rumah seorang penjawat awam di Jalan Semarak di sini, Ahad lepas, tidak sampai 48 jam selepas mereka melakukan kegiatan itu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata mereka ditahan dalam serbuan berasingan di Sungai Buloh, Sri Petaling dan Setapak semalam dan awal pagi tadi.

Katanya, hasil risikan di lokasi kejadian, polis menahan suspek utama berumur 22 tahun kira-kira 11.30 malam di Sungai Buloh pada Isnin.

“Soal siasat terhadap suspek itu kemudiannya membawa kepada penangkapan dua lagi lelaki berumur 23 dan 24 tahun di Sri Petaling dan Setapak kira-kira 1 pagi,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di sini, hari ini.

Mohamad Roy Suhaimi berkata dua suspek yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan pecah rumah.


“Polis turut merampas pelbagai barang antaranya kamera, komputer riba dan barangan lain disyaki barang kes pecah rumah,” katanya.

Katanya kesemua suspek direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Kategori