Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Muhyiddin Umum Pelan Pemulihan...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengumumkan Pelan Pemulihan Negara...

Izara Aishah Dan Anak...

Seminggu lalu anak kepada Datuk Khalid Mohd Jiwa iaitu Adib Khalid telah meraikan...

SPRM Kesan Tiga Saksi...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan tiga saksi bagi membantu...

Lelaki Lamar Pakai Bunga...

BEIJING - Seorang lelaki di China memberikan kejutan kepada kekasihnya, dengan melamar wanita...

DQI: “Kami Belum Terima Satu Sen” – Waris Mangsa

KUALA LUMPUR – Sebahagian ahli keluarga mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI) mempersoalkan ke mana perginya wang sumbangan yang dikumpul orang ramai selepas tragedi hitam yang meragut 21 nyawal pelajar itu.

Lapor FMT, seorang ibu mangsa yang tidak mahu identitinya didedahkan memberitahu mereka masih belum menerima sebarang sumbangan yang dikumpul dan menuntut agar pengetuanya, Muhammad Zahid Mahmood dapat memberi penjelasan sebaik mungkin.

Difahamkan, Zahid ada mengatakan pusat tahfiz akan menyimpan 30 peratus daripada sumbangan dan selebihnya akan diserahkan kepada kesemua 21 keluarga mangsa yang terkorban, cedera mahupun trauma.

Kaitan: Waris Mangsa Kebakaran Tragedi Tahfiz Dakwa Diabai

Sementara itu, seorang lagi ibu mendakwa pusat pengajian islam itu sering menganjurkan lawatan-lawatan khas bertemu dengan perdana menteri dan tokoh lain ketika sambutan hari perayaan dan majlis lain.

Katanya lagi, tokoh-tokoh tersebut ada memberikan wang sumbangan kepada para pelajar tahfiz namun pihak DQI hanya membenarkan pelajarnya menerima sebahagian kecil daripada jumlah tersebut.


“Pihak sekolah memegang sejumlah besar demi faktor keselamatan atau kami diberitahu,” katanya.

Terdahulu, Zahid memaklumkan pusat tahfiz itu telah mengumpulkan hampir RM1 juta sumbangan dan merancang untuk memberi apa yang termampu kepada ibu bapa mangsa. – MYNEWSHUB.CC

Kategori