Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Proses Pemilihan PKR Di...

KOTA KINABALU ā€“ Fasa kedua proses pemilihan PKR peringkat Sabah, yang mempunyai keanggotaan...

Uber & Grabcar: Pendapatan...

KUANTAN - Pendapatan pemandu teksi di Pahang termasuk di daerah ini telah berkurangan...

Banjir: Beberapa Jalan Di...

KUALA TERENGGANU - Susulan banjir di Terengganu menyebabkan beberapa jalan di tiga daerah...

17 Tahun Berkenalan, Ashton...

PASANGAN pelakon Ashton Kutcher dan Mila Kunis akhirnya membawa hubungan mereka ke fasa...

Dua Letupan Di Ibu Kota Ghana Cetus Panik

ACCRA – Lori tangki yang mengangkut gas asli terbakar di ibu kota Ghana, mencetuskan dua letupan yang kedengaran di seluruh bandar raya itu, menyebabkan kebakaran yang memaksa penduduk melarikan diri.

Polis berkata, letupan berlaku di bulatan Persimpangan Atomic di kawasan Legon di timur laut Accra kira-kira jam 7.30 petang waktu tempatan.

“Saya berada di Legon dan mendengar bunyi dua letupan. Seluruh bangunan bergoyang,” kata jurucakap Efia Tenge.

Jurucakap Perkhidmatan Bomba Kebangsaan Ghana, Billy Anaglate, berkata kebakaran itu menyebabkan letupan di stesen gas asli dan stesen minyak berhampiran.

“Masih terlalu awal untuk kami menyatakan punca kebakaran. Kami akan menyiasat. Beberapa kenderaan lain turut terbakar disebabkan letupan,” katanya.

Wartawan AFP berkata, kawasan itu ditutup. Anggota bomba dan ambulans berada di lokasi kejadian.


Namun Anaglate berkata, beliau tiada maklumat mengenai kematian.

Pihak berkuasa Accra memberi amaran kepada orang ramai supaya mengelakkan kawasan itu, yang juga menempatkan kampus Universiti Ghana. – AFP/BH ONLINE

Kategori