Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Pastikan Pendapatan Rakyat Meningkat...

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa mencari jalan untuk memastikan pendapatan rakyat meningkat, khususnya...

Jumlah Mangsa Banjir Di...

JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir di Johor berkurangan kepada 1,010 orang setakat...

Orang Ramai Jangan Panik...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan meminta orang ramai tidak terlalu khuatir dengan kejadian...

9 Muka Baharu Disenarai...

KUALA LUMPUR - Sembilan muka baharu antara 25 pemain yang disenaraikan ketua jurulatih...

Dua Maut Kemalangan Babit 4 Kenderaan Di Nilai

SEREMBAN – Dua maut manakala tiga cedera dalam kemalangan babit sebuah treler dan tiga kenderaan di KM270.3 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban, 5 petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Nilai Ahmad Ridwan Yahya berkata dalam kejadian tersebut, mereka yang maut ialah dua warga emas, seorang lelaki dan wanita, berusia 60 dan 62 tahun, masing-masing merupakan pemandu dan penumpang kereta Perodua Alza.

“Turut terlibat dalam kemalangan itu ialah sebuah kereta jenis Proton Preve dan sebuah Proton Waja yang melibatkan tiga mangsa. Mereka bagaimanapun mengalami kecederaan.

“Kedua-dua mangsa yang maut itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan. Kami mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit ,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata mangsa yang maut dan cedera dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar, di sini untuk bedah siasat dan mendapatkan rawatan lanjut.

Mengulas lanjut, Ahmad Ridwan berkata kemalangan dipercayai berpunca daripada tayar treler kosong tanpa muatan yang datang dari arah selatan menuju ke utara, pecah sebelum kenderaan itu hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan di tengah lebuh raya berkenaan.


“Treler itu kemudiannya merempuh pula tiga buah kereta yang datang dari arah utara menuju ke selatan,” katanya sambil menambah kejadian berlaku di jalan lurus.

Beliau berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada 5 petang dan tiba bersama sembilan anggota termasuk seorang pegawai ke lokasi kejadian setengah jam kemudian.

Kemalangan itu menyebabkan aliran trafik sesak sehingga 19km dari arah selatan ekoran lorong tengah dan kanan terhalang selain sesak sepanjang dua kilometer arah utara.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai Supt Zaldino Zaludin mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) APJ (Akta Pengangkutan Jalan) 1987. – BERNAMA

Kategori