Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

DAP `Tendang’ PAS Sebab...

KUALA LUMPUR - PAS `ditendang keluar' oleh DAP kerana parti itu berasa sudah...

Syafiq Kian Matang, Syamsul...

SETIAP kejayaan pasti bermula dengan kegagalan... Bagi pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof...

Najib Mungkin Dapat Pengampunan...

PETALING JAYA : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak menolak kemungkinan...

KWSP Terus Melabur Dalam...

SINGAPURA - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan terus melabur dalam negara tahun...

Dua Pemandu Bas Kilang Direman 4 Hari

BUKIT MERTAJAM – Dua pemandu bas yang terlibat dalam kemalangan maut mengorbankan lapan mangsa dalam kejadian berhampiran Juru pada awal pagi Selasa, ditahan polis bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Hamid berkata, pemandu terbabit merupakan lelaki warga tempatan dan kini direman selama empat hari.

Berdasarkan siasatan, pemandu berusia 23 tahun yang berasal dari Sungai Bukap itu mempunyai tiga waran tangkap atas kesalahan trafik termasuk tidak memilik lesen memandu, langgar lampu isyarat dan tidak memekai tali pinggang keledar.

Sementara itu seorang lagi pemandu berusia 37 tahun, yang merempuh dari belakang ketika kemalangan, tidak pernah mempunyai sebarang rekod membabitkan kesalahan trafik.

Dalam kejadian jam 5.50 pagi di Kilometer 147 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), lapan penumpang termasuk seorang ibu terkorban, manakala 33 lagi cedera parah dalam nahas membabitkan dua bas kilang dan van itu.


Tujuh mangsa yang maut disahkan sebagai warga Indonesia, manakala seorang adalah warga tempatan.

Mangsa yang cedera kini dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ), Hospital Bukit Mertajam (HBM), Hospital Sungai Bakap (HSB) dan Hospital Pulau Pinang (HPP).

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MYNEWSHUB.CC

Kategori