Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Gambar: Manek Urai Selepas...

UMPAMA medan perang - itulah yang dapat kami simpulkan tatkala melihat gambar pasca banjir...

Kaji Semula Peranan Pemandu...

KUALA LUMPUR - Kerajaan harus mengkaji semula peranan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan...

Pahang Sasar Selesai 90...

Kuantan : Kerajaan negeri menyasarkan masalah bekalan air di Pahang dapat diselesaikan sekurang-kurangnya...

Pasukan Petugas Siasat Kes...

SHAH ALAM – Polis Selangor telah menubuhkan pasukan petugas bagi menyiasat kes ugutan...

Eksport, Import Kasar Dijangka Meningkat 2017

KUALA LUMPUR – Eksport kasar Malaysia dijangka meningkat sebanyak 16.6 peratus kepada RM917.5 bilion pada 2017 berbanding RM787 bilion pada 2016, disokong oleh permintaan tinggi bagi barangan pembuatan dan komoditi.

Eksport barangan pembuatan yang menyumbang 81.3 peratus kepada jumlah eksport yang diunjur 15.5 peratus pada 2017 (82.1 peratus; 3.3 peratus pada 2016) didorong oleh permintaan lebih tinggi bagi produk elektrik dan elektronik (E&E), demikian menurut Laporan Ekonomi 2017/2018 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan.

Menurut laporan itu, dalam tempoh lapan bulan pertama 2017, eksport barangan pembuatan naik 21.1 peratus kepada RM500.4 bilion (3.8 peratus; RM413.2 bilion bagi tempoh Jan-Ogos 2016) berikutan permintaan kukuh bagi E&E, produk petroleum, kimia dan produk kimia serta produk getah.

Pendapatan eksport E&E juga berkembang secara ketara sebanyak 21.4 peratus berbanding 2.3 peratus bagi Januari-Ogos 2016, disokong oleh prestasi menggalakkan semikonduktor (22.8 peratus), mesin pemprosesan data automatik (28.5 peratus), perkakas mesin elektronik (35.1 peratus) dan mesin pejabat (57.5 peratus).

“Eksport produk E&E meningkat ketara ke Singapura (35.4 peratus), Jepun (28.6 peratus), China (24.3 peratus), Hong Kong (13.3 peratus) dan Amerika Syarikat (7.8 peratus),” kata laporan itu.

Selain itu, pendapatan eksport daripada barangan pertanian dijangka meningkat 23.8 peratus kepada RM87.2 bilion pada 2017 berbanding RM70.4 bilion pada 2016, dipacu oleh peningkatan penghantaran minyak sawit dan getah asli.

“Eksport minyak sawit kembali pulih secara signifikan sebanyak 18.8 peratus kepada RM30.6 bilion (Jan-Ogos 2016: -0.1 peratus; RM25.8 bilion) didorong oleh peningkatan nilai purata seunit (AUV) sebanyak 20.9 peratus kepada RM3,118 satu tan metrik.

“Penghantaran getah asli juga kembali meningkat 56.3 peratus kepada RM3.5 bilion (-20.1 peratus; RM2.2 bilion pada Jan-Ogos 2016) berikutan peningkatan AUV (51.7 peratus) dan volum eksport (3.1 peratus),” kata laporan itu.


Permintaan lebih tinggi dari AS, China, Iran dan Jerman juga menggalakkan lagi pertumbuhan pendapatan eksport getah asli.

Selain itu, import kasar dijangka berkembang 17.8 peratus pada 2017, dipacu oleh permintaan berterusan bagi pengembangan perniagaan dan pembangunan projek infrastruktur.

Dalam tempoh lapan bulan pertama 2017, import meningkat sebanyak 23 peratus kepada RM555.1 bilion (Januari-Ogos 2016: 0.9 peratus; RM448.2 bilion), dipacu oleh barangan pengantara dan modal selaras dengan peningkatan aktiviti pembuatan dan eksport, kata laporan itu.

“Import barangan pengantara yang merangkumi 58.4 peratus daripada jumlah import kasar, kembali meningkat 25.6 peratus kepada RM321.9 bilion (57.2 peratus; -2.4 peratus; RM256.4 bilion Januari-Ogos 2016) selaras dengan pengembangan berterusan aktiviti ekonomi domestik.

“Bagi import barangan modal, ia melonjak 15.3 peratus kepada RM74.9 bilion (5.7 peratus; RM64.9 bilion pada Januari-Ogos 2016), didorong oleh segmen bukan kelengkapan pengangkutan yang meningkat 16.3 peratus khususnya set telefon dan mesin pemprosesan data automatik,” kata laporan itu. – BERNAMA

Kategori