Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

TMJ: Perginya Seorang Sumber...

TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan takziah ke...

Tindakan Pecat, Gantung Pemimpin,...

Kuala Lumpur : Pemecatan dan penggantungan pemimpin serta ahli Umno yang dipersetujui Majlis...

Betul Ke Victoria Beckham...

BEBERAPA hari lalu, gambar pereka fesyen tersohor antarabangsa, Victoria Beckham yang keluar tinggalkan...

Werewolf Dari Bangladesh Ada...

SIAPA tak kenal dengan sutradara popular Mamat Khalid. Setiap naskhah filemnya pasti membawa...

Elfira-Sufian Bertunang, Nikah Mac Depan

HARI Jumaat penuh keberkatan ini, pasangan Elfira Loy dan Sufian Suhaimi memilih untuk melangsungkan majlis pertunangan mereka jam 4 petang tadi di kediaman Elfira dekat Ampang.

Kedua-dua pasangan ini belum lagi menetapkan tarikh pernikahan mereka, namun majlis itu bakal diadakan pada bulan Mac tahun depan yang juga bulan kelahiran Elfira sendiri.

“Alhamdulillah majlis pertunangan hari ini berjalan dengan lancar. Insya-Allah kami akan melangsungkan pernikahan pada bulan Mac tahun hadapan.

“Tarikh (nikah) belum ditetapkan sebab kami masih mencari lokasi yang bersesuaian,” kata Elfira dipetik daripada mStar Online.

Sama cantik, sama padan. Elfira dan Sufian telah mengenakan sebanyak dua persalinan bagi majlis pertunangan mereka. Pelamin pun boleh tahan cantik juga.

Elfira  yang gemar menggayakan hasil rekaan pereka fesyen Rizman Ruzaini telah memilih untuk memakai baju hasil tangan Rizman sendiri pada majlis bersejarahnya tadi.

Manakala solekan El pula hasil tangan magis daripada Najeeb Azami. Sufian pula telah mengenakan baju batik rekaan Fairuz Ramdan serta baju Melayu yang juga rekaan Rizman Ruzaini.


Majlis yang diadakan secara tertutup antara keluarga dan rakan terdekat itu telah dihadiri oleh kira-kira 100 orang tetamu termasuk keluarga kedua-dua pasangan ini.

Selain itu, teman rapat El sendiri, Bella Dally, Sherry Al Hadad dan Sharifah Sakinah turut kelihatan bersamanya. Penyampai radio Era FM, Ray dan Hanif juga tidak ketinggalan memeriahkan majlis sebagai pengacara.

Pasangan ini sebelum ini hangat diperkatakan mengenai kisah cinta mereka. Kini, mereka sudah satu langkah ke hadapan bagi membina mahligai impian mereka.

Tahniah diucapkan kepada Elfira dan Sufian. Semoga majlis yang akan datang berjalan dengan sempurna. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Kategori