PUTRAJAYA – Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan perbincangan di Putrajaya.
Mereka mengadakan pertemuan terhad sebelum menghadiri mesyuarat delegasi antara kedua-dua negara di Seri Perdana di sini.
Emir Qatar dan Najib akan turut menyaksikan pemeteraian empat memorandum persefahaman.
Ini disusuli jamuan tengah hari yang dihoskan oleh Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersempena lawatan Emir Qatar itu.
Sheikh Tamim tiba di sini semalam bagi mengadakan lawatan negara sulungnya ke negara ini selama dua hari, atas undangan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V. – BERNAMA