Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

PPM Wilayah 2 Tahan...

JOHOR BAHARU - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menahan 69 Pendatang Asing...

Agong Perkenan Empat Akta...

PARLIMEN l Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memperkenankan...

Istana Negara Buat Laporan...

Kuala Lumpur: Satu laporan polis dibuat berhubung kenyataan Che'gubard atau nama sebenarnya Badrul...

Remaja Tekad Jalan Kaki...

KUANTAN - Malaysia harus berbangga kerana telah mempunyai rakyat Malaysia yang menyahut cabaran...

Enam Pekerja Asing Gerai Makan, Minum Ditahan

TAWAU – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Tawau menahan enam pekerja warga asing termasuk dua wanita dalam serbuan Op Sapu dan Jaja di dua lokasi berasingan sekitar Tawau, malam tadi.

Ketua Pejabatnya Noraini Rasi berkata operasi yang dijalankan sekitar 8.30 malam itu bermula dengan serbuan di gerai makanan dan minuman berdekatan Pasar Gantung, Jalan Klinik Tawau di sini.

“Empat lelaki warga Indonesia dan dua wanita warga Filipina yang berumur 18 hingga 33 tahun itu tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Noraini berkata, hasil pemeriksaan mendapati kesemua yang ditahan merupakan pekerja gerai makanan dan minuman terbabit.

“Kesemua yang ditahan dibawa ke Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.


Bagaimanapun tiada tangkapan dibuat dalam serbuan kedua di Taman Ria Jalan Utara Tawau dan operasi dengan kekuatan 20 anggota serta pegawai itu tamat sekitar 5 pagi tadi. – BERNAMA

Kategori