SELEPAS nyanyi lagu dan tulis buku, Wanita Terakhir, terkini tonggak utama Hero Seorang Cinderella, Fattah Amin membuat kejutan dengan melancarkan lagu terbaharu yang berjudul ‘1234U’, hari ini.
Menurut Fattah atau nama sebenarnya, Abdul Fattah Mohd Amin perkara itu telah dikongsi di laman Instagram miliknya terlebih dahulu, sebelum melancarkan single berkenaan secara rasmi di YouTube pada pukul 3 petang.
Difahamkan, ‘1234U’ merupakan salah satu lagu soundtrack bagi telefilem terbaharu, Wanita Terindah yang dibintangi oleh Fattah bergandingan dengan pelakon cantik, Nur Fazura.
“Hari ni saya akan melancarkan muzik video single terbaru saya, 1234U, yang merupakan salah satu lagu dalam telefilem Wanita Terindah.
“Music video ini akan disiarkan pada jam 3 petang di saluran YouTube Fastyleasia,” ujarnya dipetik mStar Online.
Menurut Fattah, single ini sekali lagi mendapat sentuhan daripada Aizat Amdan, Anas Amdan, dan Mel Ramlan di mana antara yang turut bertanggungjawab dalam pembikinan single pertamanya.
Apa yang lagi menarik, muzik video tersebut turut menampilkan Fazura dan pelakon kanak-kanak, Adam Mika yang merupakan tonggak utama bagi telefilem berkenaan.
Perkongsian yang mendapat lebih daripada 70,000 tontonan itu, secara tidak langsung menerima reaksi netizen yang pelbagai.
Di mana rata-rata antara mereka memberi komen positif serta memuji single tersebut.
Sementara itu, Fattah memberitahu telefilem Wanita Terindah bakal menemui penonton bermula 2 November depan di Astro First saluran 480.
Hmmm… Sebelum ini hangat khabar mengatakan single, Wanita Terakhir didedikasi khas buat pelakon, Neelofa. Adakah single kali ini dituju buat Fazura pula? Siapa tahu kan… – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura