Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Politeknik Mampu Lahirkan Pekerja...

BESUT – Penubuhan Politeknik yang mengetengahkan Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) diyakini...

Kakitangan Hospital Dihukum Ibu...

DUA kakitangan hospital telah digantung tugas susulan kejadian seorang wanita muda membunuh diri...

Ibu Tunggal Tinggal Bawah...

TELUK INTAN - Kisah seorang ibu tunggal yang tinggal bawah rumah sejak hampir...

Umat Islam Kembali Solat...

BAITULMAQDIS/RAMALLAH – Ulama Islam di Baitulmaqdis pada Khamis mengumumkan umat Islam kini dibenarkan...

Erma Sunting Joyah Vegas Dalam Mak Cun

NAMA Mak Cun mungkin sudah terpahat dalam ingatan peminat-peminat drama Melayu.

Selepas drama Mak Cun 3 dan telefilem raya Mak Cun Pi Lombok, Erma Fatima selaku teraju utama watak Mak Cun bakal muncul dengan telefilem terbaru berjudul Mak Cun vs Joyah Vegas.

Apa yang menariknya, kali ini Erma bakal bergandingan dengan Joyah Vegas, seorang rakyat Malaysia yang bermastautin di Nevada, Amerika Syarikat di dalam telefilem tersebut.

Khabarnya, telefilem ini akan mengetengahkan kisah hidup from rags to riches Joyah yang dulunya pernah menjadi seorang gelandangan di Kuala Lumpur dan kini sudah berjaya mempunyai 10 buah homestay di Las Vegas.

Joyah atau nama sebenarnya Pon Jumat terkejut apabila disunting Erma untuk berlakon dalam telefilem baharu tersebut.

Menurutnya, ini bukanlah kali pertama kisah hidupnya ditawar untuk dijadikan filem, namun tawaran itu sekadar terhenti di situ selepas tiada apa-apa berita mengenainya daripada individu-individu berkenaan.

“Erma hubungi saya tahun lalu dan menyatakan hasrat menghasilkan cerita saya. Terkejutlah kerana sudah lama saya tidak menonton drama Malaysia. Tetapi saya masih ingat, pada zaman 1980-an, Erma sangat cantik.

“Saya beritahu Erma, kalau betul hasratnya itu, datanglah ke Las Vegas. Ini kerana ramai yang berminat tetapi bayang pun tak nampak.

“Namun, Erma selalu mengirim WhatsApp dan memberitahu perkembangan projek telefilem itu,” katanya dipetik BH Online.


Tambah Joyah, Erma sudah pun berjumpa dengannya di Las Vegas selepas Erma terlibat dengan pertunjukan fesyen di New York Fashion Week 2017 kira-kira sebulan yang lalu.

“Pada mulanya, Erma minta saya pergi ke New York dan mahu menanggung semua perbelanjaan. Namun, saya tiada masa. Akhirnya, Erma yang datang ke Las Vegas,” katanya.

Dalam pada itu, Joyah tetap bersetuju untuk turut serta dalam telefilem tersebut walaupun sedar dirinya kurang berbakat.

“Mana tahu ada bakat, tetapi rasanya tak lepas kot? Watak yang diberi adalah diri saya sendiri.

“Dah tua baru nak cuba berlakonkan, ada yang terbakar lampu produksi mereka nanti,” selorohnya.

Jadi, tunggu sahaja hasil lakonan Joyah Vegas dalam telefilem Mak Cun vs Joyah Vegas nanti! – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Kategori